JABI - Demi kasih dan ingatan mendalam terhadap adik kandungnya mendorong seorang nenek berusia 90 tahun berulang-alik berjalan sejauh kira-kira 18 kilometer dari rumahnya ke rumah adiknya itu hampir setiap hari.
Dalam usia begitu tua, Mariam Ibrahim atau lebih dikenal sebagai Mak Long Yam masih mempunyai kudrat untuk berjalan kaki dari rumahnya di Kampung Apal Dalam ke rumah adik, Limah, 78 yang tinggal di Kampung Oh.
Menurut Mak Long Yam, dia sanggup berjalan kaki kira-kira sembilan kilometer pergi ke rumahnya adiknya dan pulang semula dalam jarak sama apabila rindu pada adiknya itu.
Dia berbuat demikian sejak tiga tahun lalu apabila secara tiba-tiba berasa rindu yang amat sangat kepada adiknya itu.
“Walaupun jauh, Mak Long Yam jalan kaki perlahan-lahan. Kalau tidak ada orang tumpangkan di tengah jalan dalam masa tiga jam sampailah di rumah Limah.
"Tapi kadang-kadang ada juga yang tumpangkan Mak Long Yam.. bila ada penduduk yang tengok Mak Long Yam jalan 'sorang-sorang'," katanya ketika ditemui di rumahnya kelmarin.
Kata Mak Long Yam, dalam usia senja itu dia sering teringatkan adiknya itu.
Menariknya, apabila rindunya bertandang, tanpa berfikir panjang dia akan terus berjalan kaki ke rumah adiknya itu.
Begitulah kuatnya ikatan dua beradik ini yang sukar dilihat dalam kalangan generasi masa kini.
Katanya, hanya Limah satu-satunya adik yang masih ada.
Hanya mahu jenguk adik
Kata Mak Long Yam, sebaik tiba di rumah Limah, dia akan duduk di sisi adiknya itu dan berbual sekejap selepas itu dia akan berjalan pulang.
"Mak Long Yam hanya mahu tengok dia, dengar suara dia dan sentuh dia supaya terubat sikit rasa rindu, bukannya lama pun duduk rumah dia," katanya.
Menurut Mak Long Yam, adiknya itu sering mempelawa dia tidur di rumahnya tetapi dia tidak mahu sebaliknya akan berjalan kaki pulang.
“Mak Long Yam jalan perlahan-lahan kalau penat.. berhenti beberapa minit sebelum sambung semula jalan kaki hingga sampai di rumah.
"Alhamdulillah kerana sudah biasa Mak Long Yam tak rasa sakit apa-apa, lutut pun tak sakit,” katanya.
Katanya, dia tidak ada petua untuk jaga kesihatan sehingga membuatkan dia kekal sihat sehingga lanjut usia namun Mak Long Yam tidak suka minum ais tetapi banyak minum air suam.
Mak Long Yam merupakan anak sulung daripada empat beradik manakala Limah anak kedua sementara dua lagi sudah meninggal dunia.
Terharu dengan kasih Mak Long Yam
Sementara itu menurut Limah yang mahu dipanggil Mak Ngah, kakaknya itu akan sampai di rumahnya sekitar jam 10 pagi dan sekiranya ada orang yang menumpangkannya, dia akan sampai lebih awal.
Menurutnya, selepas dua hingga tiga jam berada di rumahnya, Mak Long Yam akan pulang semula ke rumahnya dengan berjalan kaki.
“Begitulah rutin dia setiap hari. Mak Ngah selalu ajak dia tidur di rumah kerana kasihan melihat keadaannya dan pulang keesokannya tetapi dia berkeras hendak balik.
“Kalau anak atau cucu Mak Ngah ada, Mak Ngah minta mereka hantar dia pulang tetapi dalam pada itupun sekiranya lambat sikit tengok-tengok dia sudah tak ada,” katanya yang mengalami masalah sakit di bahagian kaki dan sukar bergerak jauh.
Mak Ngah berkata, dia amat terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan Mak Long Yam kepada kepadanya sehingga sanggup berpanas atau berhujan berjalan kaki sejauh itu dalam usianya yang lanjut demi untuk bertemunya.
Katanya, kudrat dan kemampuan kakaknya melebihi dirinya yang tidak berdaya untuk pergi melawat kakaknya itu.
Risau dengan keselamatan kakak
“Dalam seminggu paling banyak pun tiga kali dia tidak datang ke sini. Itupun jarang-jarang kerana biasanya dia datang setiap hari.
"Biasanya jam 11 pagi atau 12 tengah hari dia akan berjalan kaki pulang ke rumahnya selepas berbual-bual dengan Mak Ngah.
“Mak Ngah dan keluarga amat risaukan keselamatannya, maklum saja dia berjalan di tepi jalan utama dalam jarak yang jauh tidak sepadan dengan usianya.
"Malah Mak Ngah yakin orang muda pun tidak sanggup berbuat demikian setiap hari," katanya.
Kata Mak Ngah, kakaknya itu tidak akan naik kenderaan orang yang tidak dikenali.
Mak Long Yam yang mempunyai dua anak tinggal bersama salah seorang anaknya di Kampung Apal Dalam.
Walaupun dalam usia sedemikian tetapi dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan kecuali mengalami sedikit masalah pendengaran dan penglihatan agak kabur.
Katanya, dia akan sentiasa ke rumah adiknya selagi masih berdaya untuk melihat wajah adiknya.
"Selagi masih mampu, Mak Long Yam akan tetap ke rumahnya.. dapat tengok wajah Limah pun dah cukup," katanya.
Sumber : SH
Demi Kasihkan Adik, Kakak Berusia 90 Tahun Sanggup Berjalan Sejauh 18 Kilometer.. |

Post a Comment