Suatu ketika dahulu, bekas penyanyi kumpulan Exist Mamat popular dengan lagunya ‘Salju Di Danau Rindu’. Kini, Mamat telah membuat kemunculan semula dengan menyertai pertandingan menyanyi astro ‘Gegar Vaganza’ yang menampilkan ramai barisan penyanyi popular bertanding untuk merebut hadiah utama wang tunai berjumlah RM100,000.
Menerusi Utusan, Mamat mengatakan dadah hampir membunuh seluruh hidupnya. Walaupun Mamat sudah kembali ke pangkal jalan, dia mahu menebus semula silapnya itu. Bagi Abang M rugi sangat jika Mamat mensia-siakan bakat nyanyian yang ada pada dirinya. Yang lepas tu biarlah lepas, dan kita haruslah pandang ke hadapan.
Bak kata orang badi dadah ini sukar untuk dipisahkan jika tidak dilakukan dengan kesungguhan hati. Bagi Mamat atau Mohd. Ali Kamarudin, 36, yang pernah terjerumus, belum terlewat untuknya kembali ke pangkal jalan.
“Kalau diberi pilihan untuk kembali ke masa lampau, pasti saya mahu melakukannya bagi menebus segala dosa yang pernah saya lakukan akibat leka dengan khayalan benda jahanam itu. Tapi seperti kata pepatah, semuanya sudah terlambat tetapi saya yakin belum terlewat untuk saya mencorak kehidupan baharu.
“Sebagai orang yang pernah terjebak dalam dunia gelap itu, saya benar-benar menyesal kerana dadah membuatkan saya hilang segala-galanya yang berharga, terutamanya keluarga. Rumah tangga saya berkecai, isteri dan anak-anak entah ke mana. Sewaktu saya khayal dengan dadah, insan tersayang sering saya abaikan. Sekarang ini kalau menangis air mata darah sekalipun, tak mungkin saya dapat menebus apa yang telah berlaku,” katanya penuh sebak.
Biarpun ada yang berpandangan sinis terhadap azam Mamat, penyanyi itu tidak kisah kerana sebagai insan dia juga mahu diberi peluang kedua untuk membina hidup baharu.
“Kalau saya tidak mengambil dadah, sudah pasti haluan kerjaya saya akan berbeza. Mungkin saya sudah kaya raya, macam kawan-kawan yang lain. Barangkali, saya sedang berbahagia dengan keluarga dan hanya meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, macam dahulu kala.
“Sebaliknya, dadah mengganggu dan menghilangkan semua impian dan cita-cita besar saya. Tidak keterlaluan jika dikatakan, karier saya sebagai penyanyi seolah-olah terhenti terus, hampir bernokhtah kerana terlalu asyik dengan dunia khayalan,” jelasnya.
Meneruskan kisahnya, Mamat berkata, kesan dadah ini tidak sama seperti makan gula-gula. Bila sudah ambil sekali, nescaya akan terikat untuk mengambilnya lagi. Sehebat mana sekalipun kerjaya seseorang itu, sekali dah terlibat dengan dadah pasti masa depan akan gelap gelita jika tiada keinsafan awal.
“Bila sudah mula terjebak menghisap dadah, kita tidak akan ada masa hendak ingat kerja, keluarga atau anak-anak. Semua terbengkalai, lupa diri, lupa tanggungjawab. Apa yang difikirkan ketika itu adalah hanya untuk memuaskan diri sahaja, syok, khayal dengan benda itu. Kesan dadah memang teruk, memusnahkan hidup,” jelasnya.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Mamat tidak pernah terlepas daripada disabitkan kesalahan kerana memasukkan dadah ke dalam badan.
Mamat ditahan pada penghujung 2011 dan dipenjara di Penjara Kluang, Johor serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun. Dia ditahan kerana mengambil dadah jenis Meth atau Methamphetamine.
Kini, bermula hujung 2013, Mamat mengaku tidak lagi mengambil dadah. Walaupun kadang-kadang dia merasa terkilan kerana ada yang masih mengaitkan dia dengan dadah, dia pasrah dan rela terus dicerca seandainya itu menyenangkan hati manusia lain.
“Saya tahu, ramai yang masih berkata belakang terhadap diri saya. Mengeji saya atas kesilapan saya sebelum ini.
“Ada juga terasa hati tetapi itu yang perlu dihadapi. Saya anggap segala kata-kata negatif itu satu peringatan buat saya untuk elakkan diri daripada aktiviti yang tidak bermoral,” jelasnya.
Apabila mengenangkan perkara itu Mamat berkata dia pernah menangis seorang diri namun ketika itu sudah terlambat.
“Saya seorang yang sangat susah menangis. Tapi bila mengenang kembali kesilapan lalu, saya menangis atas kesilapan saya.
Mamat juga memberitahu dia sudah lama tidak berjumpa dengan anak-anaknya dan sangat merindui mereka. Tambah Mamat, anak-anaknya sedar dia mengambil dadah dan anak-anaknya juga semakin matang.
Mamat juga berkongsi tentang dirinya yang dikatakan mengambil dadah setiap hari. Rentetan daripada itu Mamat sudah sedar dan malu pada diri sendiri.
Hari ini, Mamat dengan azam yang kuat tidak mahu lagi mendekatkan diri dengan mereka yang hidup dalam dunia khayalan. Kerjaya seninya juga sudah mula menampakkan tapak yang kembali jelas dan dia tidak mahu mensia-siakan lagi kehidupan mendatang.
“Rezeki sudah semakin datang, saya juga mahu kembali rapat dengan anak-anak, sama seperti dulu. Cukup-cukuplah dengan kesilapan saya sebelum ini,”
Bagi Abang M berikan ruang untuk Mamat membaiki kesilapannya dan berubah ke arah yang lebih baik. Perkara yang lepas biarlah lepas. Yang pentig jangan mengulangi najis dadah lagi. Sebagai masyarakat kita perlu terima orang yang ingin berubah dan bukannya memperlekehkan mereka.
The post Dadah Telah Memusnahkan Karier Mamat appeared first on Gosip Artis Malaysia | Gambar Artis | Video Artis Terbaru.
Sumber : GosipMalaysia
Dadah Telah Memusnahkan Karier Mamat |

Post a Comment