Bekas Kekasih Hanez Suraya Bkhirnya Bercerai Dengan Liyana Manan

Bekas Kekasih Hanez Suraya Bkhirnya Bercerai Dengan Liyana Manan

KL, 10 DIS 2014 :Bekas teman lelaki pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd Jais akhirnya menceraikan isterinya, Nur Liyana Manan dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah semalam.

Bekas Kekasih Hanez Suraya Bkhirnya Bercerai Dengan Liyana Manan
Bekas Kekasih Hanez Suraya Bkhirnya Bercerai Dengan Liyana Manan 

Ahli perniagaan itu melafazkan cerai pada pukul 10.50 pagi ini di hadapan Hakim Syarie, Azmi Aziz se­telah kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai secara baik dengan persetujuan tiada sebarang tuntutan mutaah daripada Nur Liyana.


Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju Romie, 34, perlu membayar nafkah idah sebanyak RM5,000 sebulan kepada Nur Liyana, 29, selama tiga bulan dan bayaran itu akan dibuat pada akhir tempoh idah wanita tersebut.

Nur Liyana memfailkan permohonan lafaz cerai secara talak mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 setelah menarik balik tuntutan cerai secara fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Klang pada 14 April lalu.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 25 November 2005 telah dikurniakan dua anak lelaki.

Sumber : Murai

Post a Comment

Previous Post Next Post