Bapa Kejam Tanam Bayi Hidup-Hidup Kerana Bibir Sumbing..

Bapa Kejam Tanam Bayi Hidup-Hidup Kerana Bibir Sumbing..

Lumrah alam la kan, sekiranya ada diantara kita memperolehi bayi yang ada kekurangannya.. Pastinya ada ibu bapa yang malu setelah mereka memperoleh bayi yang cacat itu.

Bapa Kejam Tanam Bayi Hidup-Hidup Kerana Bibir Sumbing..
Bapa Kejam Tanam Bayi Hidup-Hidup Kerana Bibir Sumbing..
Di Kemboja,gara-gara dilahirkan dengan bibir sumbing, seorang bapa tergamak menanam bayinya hidup-hidup sebaik sahaja bayi perempuan itu dilahirkan. Namun begitu, bayi berkenaan dapat diselamatkan selepas beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di kawasan berkenaan melihat tindakan beliau.



Kong Sokthy, 29, dikatakan telah menanam bayi berkenaan sebaik sahaja dia melihat wajah anak yang baru dilahirkan itu. Dia kelihatan kesal dengan wajah ‘buruk’ anaknya itu. Selain itu, kelihatan Kong tidak dapat menerima kenyataan kecacatan yang dialami oleh anak perempuannya itu.

Kong telah ditahan polis namun dia tidak dibicarakan diatas sebab-sebab yang tertentu. Kini, bayi berkenaan bakal menjalani pembedahan selama 45 minit bagi membetulkan bibirnya yang sumbing itu.

Menurut pakar bedah, Dr Mok Theavy, yang akan menjalankan pembedahan secara percuma itu, pembedahan itu adalah mudah dan bayi berkenaan akan dapat makan dengan betul, manakala parutnya tidak akan kelihatan.

Pasal mulut sumbing pun jadi isu ke?? Kasihan kanak-kanak tersebut kan… Dia hanyalah insan kecil yang lahir tanpa mengetahui apa-apa… Sedih jika dapat ibu bapa sebegini kan…. ~~MiraAzhar/UtaraNews.com

Post a Comment

Previous Post Next Post