Tidak Pernah Rasa Diri Terbeban, Walau Sudah Berusia Lanjut..

Tidak Pernah Rasa Diri Terbeban, Walau Sudah Berusia Lanjut..

KETIKA warga emas seusianya sudah boleh berehat sambil bermain dengan cucu, Rokiah Othman, 65, memilih untuk menabur bakti dengan memelihara enam anak masing-masing bergelar yatim piatu, orang kurang upaya (OKU) dan penghidap sakit mental.

Tidak Pernah Rasa Diri Terbeban, Walau Sudah Berusia Lanjut..
Tidak Pernah Rasa Diri Terbeban, Walau Sudah Berusia Lanjut..

Bergelar ibu tunggal sejak lebih 10 tahun lalu, Rokiah atau dikenali sebagai Nenek Kiah tidak pernah menganggap anak yang dijaganya sebagai beban sebaliknya gigih melayan kerenah dan ragam anak-anak dianggap anugerah ALLAH SWT itu.


Daripada enam anak yang dijaga itu, dua adalah anak kandungnya sendiri Zaini, 38, dan Razali, 31, masing-masing menghidapi penyakit mental dan kurang upaya.

Tiga beradik, Mohd Fadli Sapaie, 19, Mohd Adam, lapan tahun, dan Mohd Daniel, tujuh tahun pula adalah anak saudaranya yang dijaga selepas adik lelakinya meninggal dunia.

Manakala seorang lagi anak OKU yang dipelihara, Mohd Firdaus, 14, diserahkan kepadanya ketika berusia lapan bulan apabila bapa kanak-kanak itu menghilangkan diri manakala ibunya terpaksa dirawat di Hospital Bahagia.

Kata Rokiah, perasaan kasih dan sayang kepada semua anak-anak itu menyebabkan dia tidak pernah berasa lelah atau menyesal kerana mengambil keputusan menjaga mereka di rumah peninggalan suami di Kampung Tengah, Puchong.

Pernah katanya, dia menghantar dua anak saudaranya yang yatim ke sebuah pertubuhan kebajikan namun ia hanya mampu bertahan setahun kerana tidak mampu berpisah dengan kanak-kanak itu dalam tempoh yang panjang.

“Selagi hidup, saya akan jaga mereka berbekal kudrat yang ada. Setiap hari saya mohon tuhan panjangkan umur dan hanya ‘ambil’ saya bila semua anak-anak ini sudah besar dan boleh berdikari sendiri,” katanya.

Rokiah yang menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut bertugas sebagai anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan mendapat elaun RM20 sehari.

Dia sering memanjatkan kesyukuran kerana usaha murninya sentiasa mendapat bantuan tuhan.

Bekalan makanan di rumah tidak pernah putus dan ramai jiran yang bersimpati akan menghulurkan bantuan apabila diperlukan.

“Setiap hari rutin saya uruskan anak-anak ini ke sekolah… bila petang dan malam mereka mengaji al-Quran, biarlah hidup serba kekurangan tapi saya mahu mereka pandai jaga diri dan akhlak,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post