Aneh..Kahwin Pokok Sebagai Isteri ... ?

Aneh..Kahwin Pokok Sebagai Isteri ... ?

LIMA - Seorang aktor Peru memilih sebatang pokok sebagai isterinya dan ia bukan sekadar lakonan apabila ikatan itu disaksikan jemputan dalam majlis perkahwinan yang aneh, lapor media pada Rabu.

Aneh..Kahwin Pokok Sebagai Isteri ... ?
Aneh..Kahwin Pokok Sebagai Isteri ... ?
Malah perkahwinan Richard Torres yang rupanya mirip pelakon terkenal Johnny Depp dengan pokok itu bukanlah yang pertama kali kerana tumbuhan itu pernah menjadi pasangannya untuk kali pertama tahun lalu.Perkahwinan Torres dengan pokok itu dilangsungkan di Taman Negara Bogota, Ahad lalu.


Bagaimanapun, di sebalik majlis itu, perkahwinan berkenaan diadakan sebagai cara menanamkan kesedaran terhadap kepentingan isu alam sekitar kepada orang ramai.

Kata Torres, dia berharap perkahwinannya dengan pokok dapat membawa mesej jelas kepada semua pihak bahawa alam sekitar perlu sentiasa dijaga.

“Semoga lebih ramai orang memberi perhatian kepada masalah alam sekitar di dunia yang disebabkan oleh perbuatan manusia,” katanya.
Dia juga menggesa pemberontak dalam Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia menukar aktiviti mereka daripada berperang kepada menanam pokok. Perkahwinan pertama Torres dengan pokok dilangsungkan di Buenos Aires, lapor mStar.

Post a Comment

Previous Post Next Post