PENDANG - Tiga anggota polis cedera ditetak dalam kejadian amuk melibatkan seorang lelaki yang mengalami masalah mental di Lampung Kerkau, di sini Khamis. alam kejadian pada kira-kira 1 petang itu, suspek telah menyebabkan tiga anggota polis cedera akibat ditetak di kepala, jari dan kaki.
Seorang saksi, Annisaa Ismail, 35, berkata suspek yang berusia 28 tahun itu mengamuk selepas pihak polis cuba memujuk mangsa keluar dari biliknya untuk dibawa ke hospital.
“Masa kejadian saya tengah bakar ikan di luar sebelum nampak dua buah kereta polis masuk ke perkarangan rumah dia. Ada lima anggota polis yang datang ke situ.
”Ada polis yang pergi ke bahagian belakang rumahnya untuk lihat keadaan dan dalam pada masa sama seorang polis masuk melalui pintu depan dan terus ke hadapan bilik dia untuk pujuk keluar,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Annisaa berkata selang beberapa minit kemudian keadaan menjadi kecoh dan beliau melihat tiga anggota polis berlari keluar dari rumah dalam keadaan berlumuran darah.
“Dia (suspek) yang berada dalam bilik terus menetak salah seorang anggota polis di kepala menggunakan parang sebaik dia membuka pintu.
“Seorang lagi anggota polis yang cuba menyelamatkan rakannya memukul suspek dengan menggunakan cota. Suspek yang masih memegang parang turut menetak anggota polis itu,” katanya.
Katanya, seorang lagi anggota polis yang cuba menyelamatkan dua rakannya turut terkena libasan parang dari suspek.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Kesemua anggota polis yang cedera dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala suspek dibawa ke Hospital Alor Setar (HAS) untuk rawatan lanjut, lapor mStar.
Amuk Tetak Kepala, Jari Dan Kaki 3 Anggota Polis.. |

Post a Comment