3 Gadis Di Anggap Giler Apabila Cuba Menjinakkan ULAR TEDUNG?

3 Gadis Di Anggap Giler Apabila Cuba Menjinakkan ULAR TEDUNG?

Kuala Lumpur – Biarpun dianggap ‘gila’ apabila menjadikan ular sebagai teman mainan, tanggapan seperti itu langsung tidak melemahkan semangat tiga wanita untuk terus menguasai teknik menjinakkan haiwan berbisa itu.

3 Gadis Di Anggap Giler Apabila Cuba Menjinakkan ULAR TEDUNG?
3 Gadis Di Anggap Giler Apabila Cuba Menjinakkan ULAR TEDUNG?

Gadis yang bukan sebarangan itu beranggapan apa yang dilakukan berbaloi dan hobi itu dijadikan sebagai terapi untuk merehatkan minda dan menghilangkan tekanan terutama selepas bekerja.



Nadzirah Hanis Amir Hasrat, 25, berkata dia sering diejek rakan lain kerana beranggapan hobi bermain dengan ular dan dijadikan tempat meluah perasaan sebagai tidak masuk akal.

“Saya pernah digelar begitu (gila) sebab mencium tedung selar. Tapi, saya tidak peduli. Ini kerana saya tenang apabila dapat membelai dan bermanja dengan reptilia peliharaan saya,” katanya.

Menurutnya, dia memang tidak takut atau geli untuk memegang ular berkenaan selain mendakwa sudah `temannya’ itu sudah serasi dengannya kerana `mengenali’ reptilia itu sejak kecil.

Rakannya yang juga ibu dua anak, Rosnah Johar, 36, berkata kegilaan memelihara ular dan menjadikannya sebagai teman hidup dianggap perkara pelik oleh keluarga dan jiran.



Ular tedung sejenis ular yang berbisa.

“Saya mula berjinak dengan reptilia ini sejak setahun lalu. Ia umpama sebati dalam jiwa dan kehidupan saya apatah lagi menjadikannya sebagai tempat meluah perasaan dan teman tidur.

“Saya rasa tenang apabila dapat berbuat demikian. Pada sebelah malam reptilia peliharaan seperti ular sawa akan tidur di sebelah saya dan ia umpama sudah jinak dan kenal tuannya.

“Malah, seorang daripada anak saya juga gemar memelihara ular. Kami membelanjakan hampir RM300 untuk memelihara lebih sembilan ular antaranya sawa batik,” katanya.

Teman mereka yang juga kakitangan swasta, Nurul Nabila Shariman, 23, pula menjelaskan orang ramai mungkin tidak sedar ular juga mempunyai perasaan seperti manusia.

“Jika ternampak ular di tepi jalan saya akan menangkapnya dan membawa pulang tetapi bergantung kepada saiznya. Saya tidak ambil pusing jika ada orang mengatakan saya gila,” katanya

Post a Comment

Previous Post Next Post