‘Kapsul masa’ PLUS yang ditanam Tun M bakal dibuka hari ini?

‘Kapsul masa’ PLUS yang ditanam Tun M bakal dibuka hari ini?

PETALING JAYA – Sejak beberapa minggu lalu, orang ramai tertanya-tanya apa kandungan kapsul masa yang ditanam Tun Dr Mahathir Mohamad di Rawang.

‘Kapsul masa’ PLUS yang ditanam Tun M bakal dibuka hari ini?
‘Kapsul masa’ PLUS yang ditanam Tun M bakal dibuka hari ini?

Ia ditanam oleh beliau, waktu itu perdana menteri, di kawasan rehat tersebut sempena perasmian Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada 1994.

Pada catatan di atas kapsul itu, ia sepatutnya dibuka hari ini namun khabar mengenainya masih lagi samar walau keinginan orang ramai meningkat.

Stesen TV3 dan Harian Metro baru-baru ini membuat tinjauan di lokasi berkenaan, termasuk menemubual pengunjung dan pengguna di situ.

ARTIKEL MENARIK: Mungkinkah Selepas Ini Parti UMNO Tak Wujud Lagi Setelah Ibu Pejabat UMNO Tidak Lagi Bagi Peruntukkan Untuk Bahagian Dan Sayap Parti…


Walau ada pengguna PLUS yang tidak menyedari kewujudan tugu dan kapsul itu, namun ramai pengguna media sosial pasti mahu mengetahui isinya.

Foto lokasi kapsul itu menunjukkan tulisan ia “akan dikeluarkan selepas tamat tempoh konsesi Lebuhraya Utara-Selatan pada 31 Mei 2018.”


Ia juga menyatakan dokumen-dokumen itu ditanam sempena penyempurnaan Lebuhraya Utara-Selatan pada 8 September kira-kira 24 tahun lalu.


Pelbagai pihak hari ini tertanya-tanya sama ada kemungkinan terdapat acara khas bagi meraikan detik bersejarah itu bakal diadakan.

Kapsul di tepi lebuh raya PLUS ini dianggap yang pertama daripada projek peringatan yang dibuat oleh Dr Mahathir semasa pentadbirannya.

Dua lagi ditanam ketika projek kompleks The Mall pada Jun 1987 (dibuka 2087) dan juga monumen Putrajaya pada tahun 2000 (dibuka 2020).

Menurut Facebook rasmi TV3 tadi, sumber PLUS menyatakan tidak ada sebarang arahan membuka kapsul masa berkenaan, buat ketika ini.


sumber: wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post