[VIDEO] “Zahid mungkin jumpa hantu, bukan penderma Arab”- Tan Sri Rafidah Aziz akhirnya dedah rahsia Zahid!

[VIDEO] “Zahid mungkin jumpa hantu, bukan penderma Arab”- Tan Sri Rafidah Aziz akhirnya dedah rahsia Zahid!

WAWANCARA | Pada 2015 ketika berita tentang skandal 1MDB mula didedahkan, perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak mendakwa RM2.6 bilion yang ditemui di akaun peribadinya adalah daripada penderma Arab.

[VIDEO] “Zahid mungkin jumpa hantu, bukan penderma Arab”- Tan Sri Rafidah Aziz akhirnya dedah rahsia Zahid!
[VIDEO] “Zahid mungkin jumpa hantu, bukan penderma Arab”- Tan Sri Rafidah Aziz akhirnya dedah rahsia Zahid!

Dakwaan itu disokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – yang baru menjadi timbalan perdana menteri – yang berkata beliau sendiri bertemu dengan penderma itu.

Identiti penderma Arab itu tidak pernah didedahkan.

Tiga tahun berlalu dan siasatan terhadap 1MDB semakin giat di bawah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN). Dakwaan Zahid kini disangkal bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.

ARTIKEL MENARIK: Ini Jawapan Panglima TUDM Tentang Tuduhan Terhadap Menteri Pertahanan.Syabas Panglima….


“Itu pastinya berlaku dalam mimpinya. Zahid nampaknya melihat hantu Arab, sebab tiada seorang pun yang boleh mengenal pasti Arab mana (yang menderma).

“Arab mana yang ada duit dan aset sebanyak itu untuk derma RM2.6 bilion?” kata pemimpin yang pernah mendapat gelaran ‘wanita besi’ itu dalam wawancara bersama Malaysiakini.

36aff5a89956ad6f8df275982de61c33.jpeg

Rafidah turut menyangkal dakwaan Zahid bahawa derma itu sebagai “penghargaan” terhadap usaha Malaysia melawan keganasan.

“Tolonglah, jangan mengarut. Mari kita selesaikan cerita ini kerana ia menjengkelkan semua…Mari kita cari dari mana sebenarnya duit ini,” katanya.


Selepas bersara daripada politik pada 2013, Rafidah yang terkenal dengan ketajaman dan kelantangannya kembali ke pentas politik dalam menjelang PRU ke-14.

Pada mulanya beliau hanya menyuarakan pandangan melalui laman Facebooknya “Rafidah Aziz Malaysian Citizen”, sebelum menyokong HARAPAN secara umum dalam kempen PRU.
723b4c5e6a090471f04c44385a1aa15f.jpeg


Terjumpa Equanimity

Antara kritikannya terhadap BN adalah kegagalan mencari kapal pesiar mewah bernilai RM1 bilion – Equanimity – apabila beliau sendiri terserempak dengan kapal itu ketika bercuti tahun lalu.

Rafidah – seorang penyelam aktif pada usia 75 tahun – menceritakan kembali pertemuannya dengan kapal itu ketika berada di Laut Andaman, Thailand pada Februari 2017.

“Dalam perjalanan pulang (daripada menyelam), saya sepatutnya melabuhkan kapal di pengkalan ketika pengajar saya melihat pengesan kapal di telefonnya dan berkata ‘Eh, Equanimity ada di sini’.

“Ketika itu jam 12:30 tengahari dan saya ingin tengok bagaimana kapal itu. Ini peluang sekali dalam seumur hidup.

“Kami lihat kapal itu dan mengelilinginya…Saya berhenti dan berkata ‘Saya perlu ke satu tempat untuk ambil gambar tanpa disedari mereka’,” katanya.

Beliau berkata tidak memikirkan sangat tentang peristiwa itu sehinggalah ia dirampas pihak berkuasa Indonesia dan Amerika Syarikat di Bali tiga bulan lalu.

“Jika mereka mencari kapal itu, kenapa tak cari sekitar negara? Pengajar saya boleh kesan menggunakan telefon saja.

“Jadi bagaimana pihak berkuasa kita, polis marin atau lain-lain, dengan segala peralatan mereka gagal?” soalnya.

Kapal itu milik ahli perniagaan Low Taek Jho – lebih dikenali sebagai Jho Low – dan diburu Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) atas dakwaan ia dibeli menggunakan wang berkaitan 1MDB.

702b0e737bc925a86adbc9b412ff8b80.jpeg


Tamak dan rakus

Mengimbas kembali pengamalan 44 tahunnya dalam politik, Rafidah berkata bapa Najib iaitu perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, yang melantiknya sebagai senator.
Ketika itu, katanya, beliau berusia 31 tahun dan merupakan pensyarah ekonomi di Universiti Malaya.

Empat tahun kemudian, pengganti Abdul Razak, Tun Hussein Onn melantiknya sebagai timbalan menteri kewangan.

“Mereka tunjukkan kepada kita tentang integriti, bagaimana untuk jadi jujur. Saya sangat hormat mereka dan banyak belajar daripada mereka, saya belajar melakukan perkara dengan betul.

“Kemudian Dr Mahathir Mohamad. Saya tak akan bertahan begitu lama – 21 tahun (sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri) – jika pemimpin ini tidak berguna,” katanya.

Membandingkan zamannya dan zaman Najib, beliau berkata pentadbiran Najib dipenuhi dengan sikap “tamak dan rakus” yang akhirnya menyebabkan skandal seperti 1MDB.
“Sikap tamak dan rakus – ia menjadikan orang berfikir wang boleh beli segalanya, kuasa boleh diperoleh dan dikekal dengan wang.

“Mereka lupa tentang demokrasi, tentang kehendak Tuhan. Saya bukan ustazah tetapi ibu mengajar saya ‘manusia punya asa, Tuhan punya kuasa’.

“Anda mungkin ada pelan terbaik tetapi jika niat negatif, jika anda ada niat jahat, Tuhan tidak akan izinkan,” katanya lagi.

Rafidah kecewa dengan Najib yang tidak mengikut jejak langkah legasi sebelumnya.
“Beliau mahu legasi baru dan kini legasinya adalah 1MDB,” katanya lagi.

sumber: malaysiakini.com


Kredit - media2060

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post