PETALING JAYA: Istiadat angkat sumpah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh ditunda ke tarikh dan masa yang akan ditetapkan pihak Istana Negara.
TERKINI..! Tiada Upacara Angkat Sumpah Bagi Perdana Menteri Dari Pakatan Harapan Pada Hari Ini |
Terdahulu Dr Mahathir mengumumkan beliau akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pagi ini.
Ia susulan kemenangan dicatatkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
ARTIKEL MENARIK: Kemenangan Menakjubkan Akhiri Pemerintahan 60 Tahun BN
PH memenangi 121 kerusi Parlimen merangkumi 104 PKR, DAP 9 dan Warisan 8.
Sejak itu, satu mesej yang menyatakan siaran langsung majlis istiadat tersebut akan diadakan pada pukul 9.30 pagi Khamis di Istana Negara tular di media sosial.
Bagaimanapun mesej itu disahkan sebagai palsu.
Pihak media yang berkumpul di luar perkarangan istana turut dimaklumkan bahawa istiadat berkenaan tidak akan berlangsung hari ini.
Sumber: mStar Online
Post a Comment