‘Tangisan kesakitan tiba-tiba lenyap’ – 5 sekeluarga maut nahas ngeri

‘Tangisan kesakitan tiba-tiba lenyap’ – 5 sekeluarga maut nahas ngeri

LIMA sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berusia empat dan 12 tahun menemui ajal dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Oya-Sibu berhampiran Balai Polis Stapang, Sibu, petang tadi.

‘Tangisan kesakitan tiba-tiba lenyap’ – 5 sekeluarga maut nahas ngeri
‘Tangisan kesakitan tiba-tiba lenyap’ – 5 sekeluarga maut nahas ngeri
Nahas berlaku pada 3.40 petang itu membabitkan Perodua Viva dinaiki mangsa, pikap Toyota Hilux dan Proton Saga selain sebuah bas ekspres serta treler pengangkut kenderaan.

ARTIKEL MENARIK: Daim, Rais dan Rafidah dipecat dari UMNO serta-merta




Saksi kejadian yang hanya dikenali sebagai Dunstan, berkata kemalangan berlaku apabila treler berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh dan mengheret Perodua Viva dinaiki mangsa.

Menurutnya, impak rempuhan kuat menyebabkan kereta berkenaan remuk teruk, dengan kesemua mangsa tersepit dalam kenderaan terbabit.

“Ketika kejadian, saya memandu di hadapan kereta mangsa. Di hadapan kereta saya, terdapat sebuah lori membawa muatan batu yang mahu membelok ke sebelah kanan untuk menurunkan muatannya.

“Lori itu sudah memberikan lampu signal (isyarat) mahu membelok dan saya memperlahankan kereta.


“Ketika itulah secara tiba-tiba kereta saya dirempuh Perodua Viva dari arah belakang menyebabkan saya terlanggar kereta Proton Saga di hadapan sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan dan merempuh sub-stesen elektrik berhampiran,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.






















Katanya, selepas merempuh pikap Toyota Hilux miliknya, kenderaan mangsa kemudian terperosok ke bawah sebuah bas ekspres dari arah bertentangan.

“Saya bersama beberapa pengguna lain bergegas cuba mengeluarkan mangsa, namun sukar kerana mereka tersepit. Sebak saya mendengar tangisan kanak-kanak menahan kesakitan sebelum lama-kelamaan tangisan itu senyap,” katanya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesahkan lima maut dalam kejadian berkenaan, masing-masing seorang lelaki dewasa yang juga pemandu Perodua Viva, bersama dua wanita dan dua kanak-kanak.

“Mangsa pertama seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berjaya dikeluarkan pada 4.50 petang, diikuti mangsa lelaki dewasa pada 7.14 malam dan tiga lagi mangsa kira-kira 40 minit kemudian,” katanya.

Katanya, anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kesemua mayat mangsa yang tersepit.

Mayat dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat dan proses pengecaman identiti.
via Blog Berita Online
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post