Selepas UMNO minta polis kembalikan wang dirampas, Pendedahan Lim Kit Siang Berjaya Membuka Mata Netizan! -“Kenapa Umno tak tuntut beg tangan berjenama juga?”

Selepas UMNO minta polis kembalikan wang dirampas, Pendedahan Lim Kit Siang Berjaya Membuka Mata Netizan! -“Kenapa Umno tak tuntut beg tangan berjenama juga?”

DAP mempertikai tuntutan Umno terhadap wang rampasan berjuta-juta ringgit yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Selepas UMNO minta polis kembalikan wang dirampas, Pendedahan Lim Kit Siang Berjaya Membuka Mata Netizan! -“Kenapa Umno tak tuntut beg tangan berjenama juga?”
Selepas UMNO minta polis kembalikan wang dirampas, Pendedahan Lim Kit Siang Berjaya Membuka Mata Netizan! -“Kenapa Umno tak tuntut beg tangan berjenama juga?”
“…dan jika mereka tidak dapat membekalkan terperinci senarai satu persatu yang dituntut, bagaimana Umno boleh menuntut dana yang dirampas polis itu.

“Bagaimana pula dengan 35 beg barang kemas dan jam – adakah Umno mahu menuntutnya juga atas alasan ia milik Umno.

“Bagaimana pula dengan 284 kotak beg tangan berjenama – ini pun Umno nam tuntut juga?” soal veteran DAP Lim Kit Siang.

Polis merampas 72 beg yang 35 daripadanya berisi wang tunai dari 26 jenis mata wang berjumlah RM114 juta semasa operasi di tiga kondominium mewah di ibu kota yang dikaitkan dengan Najib.

ARTIKEL MENARIK: 9 Fakta Disebalik Kes Nur Alya Damia, Pelajar Vokasional PD Yang Dijerut Mati


Lim juga bertanya berapa bahagian dari RM114 juta itu untuk kegunaan Umno dalam pilihan raya dan apa asas tuntutan itu.

Beliau berkata Umno patut menyerahkan inventori kepada polis yang menyatakan jumlah sumbangan dari pelbagai penderma dan surat mengesahkan sumbangan itu.

“Jika ia untuk kegunaan pilihan raya, kenapa masih ada hingga selepas pilihan raya?” soalnya.

Lim juga menggesa Najib mendedahkan derma yang diterimanya bagi pihak Umno.

Sumber : malaysiakini


UMNO sebelum ini minta polis kembalikan wang dirampas

umno.jpg.transformed.jpg

KUALA LUMPUR: UMNO meminta polis memulangkan baki sumbangan kempen dan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dirampas pihak berkuasa terbabit.

Menurut Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO, dana itu amat diperlukan dalam proses UMNO membina semula parti.

“Adalah dukacita dimaklumkan bahawa baki sumbangan kempen dan dana parti dirampas oleh pihak polis semasa dalam proses ia dipindahkan kepada kepemimpinan baru UMNO selepas peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Pembiayaan politik dibenarkan di bawah undang-undang kita. Oleh itu, UMNO berusaha untuk memulihkan dana ini dan memohon kepada pihak polis untuk melepaskan dana serta mengembalikannya kepada parti selepas selesai proses dan penyelidikan oleh pihak berkuasa yang relevan,” menurut kenyataan unit itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, secara umum Presiden UMNO bertanggungjawab mendapatkan sumber dan menguruskan dana untuk parti, termasuk dana bagi pilihan raya umum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti.

“Hal ini tidak berbeza dengan mantan Presiden kita iaitu Datuk Seri Najib Razak yang mendapatkan sumbangan kempen sebelum PRU-14 dan menguruskan dana parti kita.

“Semasa mantan Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden, beliau juga menyerahkan RM1.2 billion kepada parti dan tiga juta ahli,” menurut kenyataan itu.

Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat laporan polis berhubung keselamatan diri dan keluarganya.

Dalam laporan itu, beliau turut mendakwa wang tunai yang dirampas dalam beberapa serbuan termasuk di kediaman peribadinya di ibu negara adalah wang sumbangan untuk kegunaan kempen pilihan raya.

sumber: berita harian

sumber - media2060

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post