Selain Fathia Latiff, Farid Kamil Juga Pernah Jumpa Tun Mahathir. Ini Jawapan PADU Tun Mahathir Kepada Farid Kamil.

Selain Fathia Latiff, Farid Kamil Juga Pernah Jumpa Tun Mahathir. Ini Jawapan PADU Tun Mahathir Kepada Farid Kamil.

Beberapa hari selepas bergelar Datuk, pelakon Tombiruo yang baru-baru ini menjadi perhatian mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain Fathia Latiff, Farid Kamil Juga Pernah Jumpa Tun Mahathir. Ini Jawapan PADU Tun Mahathir Kepada Farid Kamil.
Selain Fathia Latiff, Farid Kamil Juga Pernah Jumpa Tun Mahathir. Ini Jawapan PADU Tun Mahathir Kepada Farid Kamil.
Dalam pertemuan itu Datuk Farid Kamil dilihat menyatakan hasratnya kepada bekas perdana menteri berkenaan.

ARTIKEL MENARIK: Ini Penjelasan Datuk Fazley Kenapa Baru Sekarang Dia Dedahkan Rahsia.


Soalan Farid mudah.



Dia bertanyakan kepada Dr Mahathir apakah pesanan yang boleh dititipkan buat artis-artis Malaysia.

Dr Mahathir pula – seperti kebiasaannya dengan gaya bersahaja – menjawab ringkas.

Kata Dr Mahathir manusia harus mengajak manusia lain untuk berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Artis mempunyai ramai pengikut.

“Kita kena guna pengaruh itu untuk kebaikan. Dalam al-Quran ada sebut amar makruf nahi mungkar,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.

Meskipun tidak dinyatakan pertemuan berkenaan dipercayai berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.


Sebelum ini Dr Mahathir pernah mengongsikan sebuah klip video memaparkan Farid yang berkain pelikat dan berbaju T dengan imej wajah Dr Mahathir, serta bertopi sambil mengomel mengenai kleptokrasi.

Ketika itu, Farid, 36, sedang berdiri di atas sebuah perahu yang beroleng-oleng dalam tali air dan bercakap dengan seseorang yang tidak diketahui identitinya.

“Banyak sangat rasuah, banyak sangat – apa nama…. kleptomaniac, banyak sangat samseng-samseng, banyak sangat KL gangster yang pegang industri,” katanya.

Selepas itu, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu menyambung bebelannya mengenai rasuah.

“Depa makan rasuah. Bila makan rasuah, bahaya, hang tak boleh jadi pelakon kalau makan rasuah.”

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada rakaman berkenaan adalah bayangan untuk projek lakonan Farid yang terbaru atau sekadar bertujuan mengusik.
Sumber: Malaysia Kini

VIDEO FARID KAMIL MEMINTA NASIHAT DARI TUN MAHATHIR


sumber; langitbiru
SUMBER : petuaviral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post