Rumah wanita didakwa perisik Najib diserbu! Bukan Calang2 Wanita Rupanya..

Rumah wanita didakwa perisik Najib diserbu! Bukan Calang2 Wanita Rupanya..

KUALA LUMPUR: Sebuah rumah milik pegawai wanita berpangkat tinggi yang dipercayai ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserbu hujung minggu lalu.

Rumah wanita didakwa perisik Najib diserbu! Bukan Calang2 Wanita Rupanya..
Rumah wanita didakwa perisik Najib diserbu! Bukan Calang2 Wanita Rupanya..
Menurut laporan Malaysia Decides, wanita tersebut merupakan ketua unit pasukan perisik, Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia, di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dikatakan telah menerima beberapa dokumen penting dua hari sebelum Pilihan Raya Umum (PRU14) baru-baru ini.

Wanita itu dilaporkan sedang bercuti sementara menunggu siasatan ke atas Najib.

ARTIKEL MENARIK: 1MDB: Inilah Latar Belakang Skandal Kewangan Terbesar Dunia. Bagaimana 1MDB dibongkar??


Portal berita itu turut melaporkan bahawa polis Bukit Aman turut menyerbu rumahnya di Seri Kembangan.

Mereka juga menyita dua buah bangunan di Putrajaya dan Jalan Bellamy yang dipercayai digunakan untuk menjalankan operasi tersebut.

Bagaimanapun, tiada dokumen ditemui.

Menurut sumber kerajaan yang tidak mahu dikenali memberitahu Malaysia Decides, pasukan itu mendapat pembiayaan besar-besaran dan digunakan untuk mengesan pengkritik kerajaan di dalam dan luar negara.

Pegawai tinggi itu yang mempunyai 300 orang anggota hanya melaporkan kepada Najib sahaja.


“Ia pada dasarnya sebagai agensi pengintip, dan semua aktivitinya untuk menjaga kuasa Najib,” lapor portal itu.

sumber: mstar

Image result for najib pakai baju tentera

Kredit - media2060

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post