DATIN Seri Rosmah Mansor mengakui kini boleh tidur lena biarpun beberapa bekas rakan sekutunya kini berpaling tadah ekoran kekalahan suaminya Datuk Seri Najib Razak memimpin Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.
Rosmah Mansur Akhirnya Dah Boleh Tidur Lena Dan Bangun Ikut Suka Hati. Ini Sebabnya…. |
“Perkara ini adalah normal dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan.
“Saya tidak kisah. Saya OK. Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu cakapkan,” katanya.
ARTIKEL MENARIK: Najib Razak Bingung, Apa Kena Mengena Kasut Anak Dengan Kes 1MDB. Ini Kata Beliau Kepada Semua Di Pekan
Dalam laporan dikeluarkan Malay Mail, Rosmah menyatakan bahawa fokusnya sekarang adalah untuk melindungi diri serta keluarganya.
Bagaimanapun, beliau menyatakan harapan agar kehidupan mereka kembali normal secepat mungkin.
“Buat masa ini, kami menghadapi apa yang berlaku dengan baik. Lagipun, berada dalam sebuah keluarga politik, kami sudah terbiasa dengannya keadaan sebegini.
“Ini adalah sebahagian ujian dan cabaran dalam politik,” kata Rosmah yang turut ditemani peguamnya Datuk Geethan Ram Vincent dan M. Puravalen selain beberapa kenalan rapatnya.
Dalam wawancara itu, Rosmah menyatakan bahawa kini lebih bebas melakukan apa saja termasuk tidur lebih lena.
“Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi dan saya tidak mempunyai masalah dengannya. Saya tidak minta perkara ini berlaku namun ia kehidupan yang lebih baik apabila kini saya boleh melakukan segala apa yang saya mahu lakukan.
“Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka,” katanya.
Bagaimanapun, Rosmah berharap agar perkara (siasatan serta serbuan polis) di rumahnya dapat berakhir dengan cepat bagi dan mahu meneruskan kehidupan seperti baisa.
Selain itu, Rosmah turut meminta agar polis melayani keluarganya dengan baik sebagai warganegara Malaysia.
“Saya boleh terima semua serbuan yang dilakukan hingga awal pagi itu. Saya memahaminya.
“Namun, saya percaya seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Disebabkan itu, kami mahukan layanan sebagai manusia. Hak untuk dihormati,” katanya.
Sumber
Foto - MalaysiaKini
Post a Comment