Rasa ketidakpuasan hati sebagai seorang bapa “Kenapa Sampai Ambil Keterangan Anak Saya” – Najib

Rasa ketidakpuasan hati sebagai seorang bapa “Kenapa Sampai Ambil Keterangan Anak Saya” – Najib

KUALA LUMPUR – Polis hari ini merekod keterangan Nooryana Najwa, anak perempuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, susulan laporannya berhubung tindakan polis memasuki dan merampas barang miliknya di sebuah kondominium mewah di Jalan Raja Chulan, di sini.

Rasa ketidakpuasan hati sebagai seorang bapa “Kenapa Sampai Ambil Keterangan Anak Saya” – Najib
Rasa ketidakpuasan hati sebagai seorang bapa “Kenapa Sampai Ambil Keterangan Anak Saya” – Najib

Sumber polis berkata wanita berkenaan membuat laporan polis semalam kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan itu merampas barangan peribadinya, yang didakwa diterima sebagai hadiah perkahwinan.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul telah menerima laporan wanita berkenaan.

ARTIKEL MENARIK: Inilah Penampilan TENGKU PERMAISURI SELANGOR Yang Anggun Berhijab Curi Perhatian!


“Bagaimanapun pegawai polis IPD Dang Wangi yang hadir untuk merekod keterangannya berikutan kawasan kediaman wanita itu terletak di bawah daerah terbabit,” kata sumber itu di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Tinjauan Bernama hari ini pula mendapati empat pegawai dan anggota polis menaiki sebuah kereta Proton Preve memasuki kediaman peribadi Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, di Jalan Langgak Duta pada 11 pagi tadi.


Pada 18 Mei lepas, polis merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis matawang dan barangan berharga di kondominium mewah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Najib, sebagai sebahagian daripada siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, sebanyak 284 kotak yang mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah turut dirampas dari tiga unit kediaman di kondominium di Jalan Raja Chulan itu. – Bernama

SUMBER : lineclear

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post