Pura-pura mengaji konon

Pura-pura mengaji konon

Lelaki yang baru ‘memancing’ duit tabung di Masjid Al Ansar, di Bandar Meru Raya, Ipoh, bertindak berpura-pura mengaji al-Quran sebaik menyedari kehadiran polis di masjid berkenaan.

Pura-pura mengaji konon
Pura-pura mengaji konon
Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, lelaki berusia 31 tahun berkenaan bagaimanapun gagal mengaburi mata pihak polis susulan kegiatannya mencuri tabung masjid disedari pengurusan masjid melalui pengawasan kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, pihaknya mendapat maklumat melalui panggilan telefon daripada pengurusan masjid memaklumkan kegiatan jenayah lelaki itu.

ARTIKEL MENARIK: Bapa Rogol Anak 623 Kali, Minta Hukuman Dikaji Semula


“Pihak masjid memberitahu melalui pengawasan CCTV, terdapat lelaki yang masuk ke kawasan masjid dan mencuri duit dalam tabung.

“Berdasarkan maklumat itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Jelapang ke masjid terbabit dan sebaik sampai mendapati seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan berkain pelikat sedang duduk di kaki lima masjid bersebelahan tabung.

“Lelaki berkenaan dipercayai sedang berpura-pura mengaji al-Quran dan sebaik pemeriksaan dilakukan terhadapnya menemui wang tunai dalam poket baju sebanyak RM160,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Mohd Ali berkata, pemeriksaan lanjut menemui dalam lipatan kain pelikatnya terdapat empat tali kabel yang terdapat pelekat di hujungnya.

“Kabel berkenaan dipercayai digunakan untuk memancing duit tabung masjid dan suspek kemudian diberkas serta dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

“Terdapat CCTV yang merakam kejadian itu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post