Susulan laporan polis dari Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengenai cubaan memindahkan 50 tas tangan dipercayai milik isteri bekas perdana menteri di sebuah kondominium, polis kini sedang menjalankan siasatan, namun menafikan laporan beberapa media kononnya polis menyerbu kediaman berkenaan.
Polis siasat dakwaan 50 tas tangan mewah milik isteri bekas pemimpin |
"Pihak polis telah pergi ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan rapi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), bukannya melakukan serbuan.
ARTIKEL MENARIK: Kediaman peribadi Najib dikawal polis
"Laporan berita Reuters dan beberapa portal adalah palsu dan tidak benar," katanya.
Mazlan berkata, pihaknya juga telah merakam keterangan beberapa anggota polis bantuan di apartmen mewah di Jalan Raja Chulan itu bagi membantu siasatan mengenai dakwaan terdapat maklumat dan rakaman video yang menunjukkan kira-kira 50 tas tangan Birkin dipindahkan daripada sebuah van yang mempunyai lambang jata negara dipercayai milik Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke dua unit apartmen itu.
Mazlan akan membuat laporan mengenai berita palsu yang mendakwa polis melakukan serbuan itu dan mahu mengenal pasti siapakah sumber polis yang dipetik oleh pihak media berkenaan.
Difahamkan, agensi berita antarabangsa itu melaporkan kira-kira 20 anggota dan pegawai polis membuat serbuan di apartmen itu pada petang semalam selepas menerima laporan mengenai cubaan memindahkan 50 tas tangan itu.
Tinjauan pihak Bernama di lokasi mendapati, kira-kira 10 petugas media tempatan berkumpul di hadapan apartmen itu lewat malam tadi untuk membuat liputan.
BERITA BERKAITAN:
Post a Comment