Polis serbu apartmen dikaitkan dengan keluarga Najib

Polis serbu apartmen dikaitkan dengan keluarga Najib

Polis menyerbu sebuah apartmen mewah di Kuala Lumpur hari ini, yang didiami anggota keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menjadi dokumen sensitif yang dibimbangi kerajaan akan dibawa keluar dari negara, kata dua pegawai polis kanan.

Polis serbu apartmen dikaitkan dengan keluarga Najib
Polis serbu apartmen dikaitkan dengan keluarga Najib
Serbuan itu selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau telah menghalang Najib keluar daripada negara kerana dakwaan salah laku berhubung skandal 1MDB.

Polis berkata mereka bertindak selepas satu laporan mengatakan kenderaan kerajaan membawa berdozen kotak berisi beg tangan berjenama dan berangan lain ke apartmen itu untuk diberikan kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Orang ramai jengkel dengan dakwaan korupsi itu yang dilihat sebagai antara sebab kekalahan mengejut Barisan Nasional pada pilihan raya umum Rabu lalu.

ARTIKEL MENARIK: Apandi Ali Bukan Peguam Negara Lagi. – Tun Dr Mahathir


Najib berulangkali menafikan sebarang salah laku.

Jurucakap Najib tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen. Reuters juga tidak dapat menghubungi Najib, isterinya, atau anggota keluarga lain dan rakan terdekat.

Reuters melihat kira-kira 20 anggota polis memasuki lobi apartment Pavilion Residences di ibu kota Malaysia itu, pada masa sama Mahathir mengadakan sidang media pengumuman anggota kabinetnya.

Mereka dibantu sekurang-kurangnya 12 lagi anggota penguatkuasa tidak beruniform. Anggota keselamatan bangunan itu – yang dimiliki Desmond Lim, seorang ahli perniagaan kaya dan penyokong Najib – memberi kerjasama dengan baik.

“Kami mencari dokumen kerajaan yang mungkin diambil secara tidak sah,” kata seorang anggota polis kanan yang enggan dinamakan kerana beliau tiada autoriti untuk bercakap dengan media.

“Kerajaan bimbang (dokumen) mungkin sensitif dan penting, dan boleh dibawa keluar dari negara.”

Beliau enggan menjawab sama ada dokumen itu telah ditemui dan berkata operasi “sedang berjalan”.

Menurut polis, anggota kelaurga Najib tinggal di apartmen itu, tetapi enggan mendedahkan nama mereka.


Kotak jingga

Tindakan polis susulan laporan yang dibuat dua pemimpin Pemuda PPBM, parti Mahathir.

Laporan itu, yang dilihat Reuters, mendakwa van yang memaparkan logo Jabatan Perdana Menteri menghantar kotak-kotak berisi 50 beg tangan berjenama Birkin ke Pavilion Residence pada Khamis lalu.

Laporan itu mendakwa kotak tersebut menunjukkan nama penerima sebagai Rosmah Mansor.



Dua gambar yang dilampirkan bersama laporan, yang turut dilihat Reuters, menunjukkan sebuah van dengan logo jabatan itu dan sebuah troli dipenuhi kotak-kotak berwarna jingga. Gambar itu tidak menunjukkan lokasi, tarikh dan kandungan kotak itu – termasuk sama ada memang ada beg tangan di dalamnya.

Menurut laporan itu, setiap beg tangan Birkin itu dianggarkan berharga $200,000.

Ketika ditanya sama ada Rosmah tinggal di apartmen tersebut, pegawai polis kanan itu hanya mengesahkan “anggota keluarga” Najib yang tinggal di situ.

Seorang lagi anggota polis yang terlibat dalam operasi menyifatkan mereka yang terbabit sebagai “VVIP”.

Kedua-dua anggota polis itu berkata penyiasat tidak berminat dengan barangan mewah itu tetapi mencari dokumen yang mungkin amat penting bagi penyiasatan terhadap pentadbiran Najib.

via Blog Berita Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post