Netizen Anggap Uqasha Terima Balasan Di Dunia Kerana Dosa Lampau

Netizen Anggap Uqasha Terima Balasan Di Dunia Kerana Dosa Lampau

Sejak mengambil keputusan untuk membuka hijab pada 2016, ada saja gosip panas melibatkan pelakon Uqasha Senrose. Macam-macam kisah kita dengar dari kisah putus tunang, kisah cinta tidak kesampaian dan tahun lalu Uqasha dikatakan menari mabuk di sebuah kelab malam.

Netizen Anggap Uqasha Terima Balasan Di Dunia Kerana Dosa Lampau
Netizen Anggap Uqasha Terima Balasan Di Dunia Kerana Dosa Lampau
Semalam, namanya menggemparkan industri hiburan tanah air apabila dia ditahan oleh pihak polis selepas ditemui dalam keadaan khayal berserta sejumlah dadah sintetik yang dipercayai jenis Erimin 5 sebanyak 53 biji ditemui di dalam tas tangan miliknya.

Menurut laporan polis, dadah yang ditemui dianggarkan bernilai RM660 selain ujian saringan awal air kencing terhadap pelakon itu juga didapati negatif.

ARTIKEL MENARIK: “Dalam Beg Ada 14.74 Gram Dadah Tapi Boleh Lepas..” - Netizen Hairan Uqasha Senrose Lolos Tahanan Polis


Isu tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan terkejut dengan berita itu.


Walaupun ruangan komen Instagram milik Uqasha telah ditutup, netizen tidak melepaskan peluang untuk memberikan komen mengenai isu tersebut di laman Facebook portal berita terkemuka.

Balasan Tuhan di dunia dah dapat

blasan.jpg

Ada diantara netizen meluahkan rasa kesian kerana Uqasha antara pelakon cantik dan berbakat, namun sering melakukan tindakan yang kurang bijak.


Ada juga yang mengatakan insiden tersebut adalah merupakan balasan Tuhan di atas dosa-dosa lampau, lebih-lebih lagi tindakannya yang membuka hijab.

Difahamkan Uqasha telah selamat dibebaskan dengan jaminan polis semalam apabila keputusan air kencingnya negatif. Uqasha Senrose turut menafikan dirinya khayal ketika ditahan. Malah Uqasha mendakwa dirinya disabotaj oleh pihak tertentu.

Sumber: Rotikaya.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post