Lebih 20 jam kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diserbu oleh pihak polis, sejumlah wang dan puluhan beg tangan mewah telah ditemui.
“Najib keturunan bangsawan, harta mewah tak ada kaitan dengan 1MDB!”- Tindakan Wanita Ini Cuba ‘Backup’ Najib Di Kecam Netizan |
Menurut Malaysiakini, wanita yang merupakan Ketua Gabungan NGO-NGO Selangor bernama Nazilah Idris ini mendakwa Najib yang kelihatan tenang walaupun berdepan ujian getir adalah seorang insan terpilih.
ARTIKEL MENARIK: INI NILAI BEG TANGAN BIRKIN YANG KITA MASIH TERTANYA-TANYA… Yang paling murah pun hampir belasan ribu Dollar.. Adakah Rosmah akan disiasat?
Sumber: Malaysiakini
“Dia (Najib) orang terpilih untuk terima dugaan. Sesiapa saja orang yang bersalah tidak akan kelihatan setenang itu,” kata Nazilah kepada media selepas menziarahi kediaman bekas Presiden UMNO itu di Taman Duta.
Nazilah juga turut membela penemuan harta mewah Najib yang ditemui dengan banyak di rumah Najib.
“Datuk Seri Najib anak Perdana Menteri (suatu ketika dulu) dan dia keturunan bangsawan, dia berada dalam keadaan orang kaya sejak kecil. Dia juga jadi Menteri Besar Pahang selama 30 tahun,” kata Nazilah dengan yakin.
“Apa yang nak dipertikaikan tentang beg atau barang kemas yang diambil polis? Tak perlu dipertikaikan. Bukan dia sahaja, sesiapa saja boleh membeli dan memakai jenama macam itu. Saya rasa tak payah jadikan isu sebab tak ada kaitan dengan 1MDB.”
Sumber: Malaysiakini
Penyokong bekas Perdana Menteri itu juga mendakwa bahawa dia pasti harta kekayaan tersebut bukan saja ada di rumah Najib tetapi pasti ada juga di rumah lain yang lebih besar.
“Jadi apa yang nak dipertikaikan. Apa yang kita perlu sekarang ialah mencari kebenaran tentang 1MDB.”
Pihak polis sebelum ini mengesahkan Najib disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.
Semoga semuanya akan dapat diselesaikan tak lama lagi.
Komen Netizan
Razak Wahab Let’s the court decide whether Najib and Rosmah are guilty or not. Although both have done damaged to the country’s reputation and finance.
Nor Jamal Bangsawan kepala bapak ko. Najib tu bangsat no One bapak dia yg bangsawan
Habib Ghaffar Oohhh…keturunan bngsawan…bukn ke keturunan bngsawan dulu pun perompak penyamun..tk tngok ke citer melayu dulo2..ambik cukai..sana sini…btul le tu penyamun…
Nuel Francolly Sbab keturunan bangsawan lah, dia tak rase hidup org stgh mati nak hidupkn kluarga diorg
Fatin Hazwani Zainudin Betul tu kak. Memang kitorang semua ni mampu nak beli handbag harga nak dekat sejuta seutas tu. Siap boleh buat koleksi lagi hmm betul tu kak
sumber: lobakmerah.com
Post a Comment