Header Ads

Mari Kita Tengok Siapa Pilihan Netizen.Pilih 5 Daripada Foto-Foto Berikut Untuk Menjadi Individu Terawal Untuk Disiasat Oleh Pihak Berkuasa….

loading...

PETALING JAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan mengetahui lokasi ‘persembunyian’ ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low ketika ini.

Mari Kita Tengok Siapa Pilihan Netizen.Pilih 5 Daripada Foto-Foto Berikut Untuk Menjadi Individu Terawal Untuk Disiasat Oleh Pihak Berkuasa….
Mari Kita Tengok Siapa Pilihan Netizen.Pilih 5 Daripada Foto-Foto Berikut Untuk Menjadi Individu Terawal Untuk Disiasat Oleh Pihak Berkuasa….

“Kita secara kasarnya tahu di mana dia berada,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Isnin.

Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya sama ada permohonan proses ekstradisi terhadap Jho Low secara rasmi telah dilakukan setakat ini.

Ditanya tentang cara yang akan digunakan untuk membawa pulang Jho Low Dr Mahathir berkata:

“Serahkan kepada kami. saya tidak pergi tangkap orang, kita ada agensi yang akan berbuat demikian,” katanya.

ARTIKEL MENARIK: Inilah 7 gambar cucu Tun Mahathir yang terlajak cun yang ramai tak tahu, cantiknya 😍😍


Terdahulu, nama Jho Low disebut dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan didakwa melakukan penyelewengan dana berkaitan dengan 1MDB.

Pendakwa raya di Singapura juga menamakannya sebagai individu utama dalam siasatan berkaitan 1MDB, menambah Jho Low menggunakan wang yang dijejaki ada kaitan dengan syarikat pelaburan negara itu untuk kepentingan dirinya sendiri.

Dalam dokumen mahkamah, pendakwa berkata Jho Low menerima sejumlah wang yang besar.

Menurut dokumen itu, kira-kira AS$1 bilion yang sepatutnya digunakan 1MDB untuk pelaburan dalam usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd dipesongkan ke dalam akaun bank dimiliki oleh Jho Low, yang kini menghilangkan diri.

Jho Low bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.

The post Jho Low Dalam Radar Tun M appeared first on Jiwang Media.

sumber : jiwangmedia


SUNGAI BESI – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pendedahan itu dibuat menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Rafizi, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas.

Difahamkan, Mohd Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.

“Siasatan SPRM ke atas SRC International Sdn Bhd mendapati sejumlah dana syarikat itu telah dipindahkan ke akaun peribadi Najib. Daripada akaun Najib, terdapat bayaran kepada peguam tertentu.

“SPRM telah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti tokoh-tokoh yang dibayar menggunakan wang SRC International Sdn Bhd yang disalurkan melalui peguam tersebut.

“Salah seorang penerima bayaran daripada peguam tersebut adalah Nasharudin,” katanya dalam sidang media tersebut.

Menurut Mohd Rafizi lagi, maklumat mengenai dakwaan tersebut didedahkan oleh seorang kenalannya yang juga merupakan bekas pegawai kanan SPRM.

“Pada 28 Januari lalu, saya bertemu dengan seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertanya khabar setelah beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Itu adalah kali pertama kami berkomunikasi baik secara elektronik mahupun bersua muka.

“Beliau adalah pegawai SPRM terkanan mengetuai siasatan ke atas dana 1MDB dan keterlibatan Najib dalam skandal tersebut. Oleh itu, beliau mempunyai maklumat yang sahih dan terperinci mengenai siasatan dan aliran dana daripada 1MDB ke akaun peribadi Najib, seterusnya ke akaun tokoh politik lain,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan ke SPRM esok pada jam 11 pagi bagi membuat laporan berhubung perkara berkenaan.

Beliau turut menyarankan mana-mana pihak tampil membuat laporan polis jika tidak berpuas hati dengan pendedahan yang dibuat.

“Kepada mereka yang banyak cekadak di luar sana, melalak di Facebook tidak akan mendatangkan hasil. Saya minta mereka buat laporan polis,” tegasnya.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Boleh buka semula siasatan, kata Musa Hasan
Polis perlu membuka semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu sekiranya ada keterangan baharu dikeluarkan…

Cerita Kedua

SEJAK awal lagi saya sudah sedar bahawa Wacana Sinar Harian Ke-53, Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM, adalah bertujuan untuk mempromosikan Tun Dr Mahathir.

Ini kelihatan di dalam jemputan awal pihak penganjur kepada saya yang menyebut bahawa kupasan topik berkenaan adalah bertujuan supaya “kita nampak jelas kekuatan Tun M”.

Saya mengandaikan bahawa kedua-dua rakan panelis saya, iaitu pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Baki, dan pakar fitness, Kevin Zahari, akan ditugaskan untuk memberikan testimoni mereka mengenai kemampuan mental dan fizikal Tun Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri.

Saya juga sangat tahu bahawa moderator, Nazri Kahar, adalah seorang penyanjung Tun Dr Mahathir dan pengkritik Datuk Seri Najib, dan ini terbukti dari soalan yang diberikan sejam sebelum wacana bermula yang meminta dibandingkan tokoh muda yang penuh korupsi dengan tokoh tua yang penuh inovasi.

Malah, beberapa rakan rapat saya yang menyebut mengenai betapa Sinar Harian semakin lama kelihatan semakin kuat menyokong Pakatan Harapan meminta saya tidak menyertai wacana ini kerana bimbang ia merupakan satu perangkap untuk mengenakan diri saya.

Pada peringkat awalnya, saya dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa mereka turut menjemput Tun Dr Mahathir untuk turut hadir bagi bercakap mengenai isu yang melibatkan diri beliau ini tetapi beliau dikatakan tidak menjawab jemputan menyebabkan saya mengandaikan beliau tidak akan hadir.

Walaupun menyedari kemungkinan wacana ini akan menjadi berat sebelah, saya bagaimanapun memilih untuk hadir bagi membolehkan saya mengemukakan beberapa fakta alternatif mengenai kemampuan Tun Dr Mahathir ini.

Untuk tujuan itu, saya telah menyenaraikan 10 kayu ukur bagi menilai kemampuan Tun Dr Mahathir ini, iaitu membabitkan aspek legal, physical, genetical, mental, psychological, moral, demographical, intellectual, philosophical dan spiritual.

Bila saya diberi ruang bercakap, saya pun terus mengemukakan penilaian saya ke atas kayu ukur tersebut, di mana pada kali pertama saya sempat mengemukakan enam kayu ukur sebelum dihentikan oleh moderator (yang menyebut mengenai kelebihan tokoh tua berbanding tokoh muda yang korupsi).

Dari sudut legal, saya menyebut Tun Dr Mahathir mampu kerana, berbanding di Iran yang menetapkan 75 tahun sebagai usia maksimum calon Ahli Parlimen, Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan usia maksimum tetapi hanya menetapkan usia minimum, iaitu 21 tahun.

Dari sudut physical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai beliau telah dua kali menjalani pembedahan pintasan jantung pada 24 Januari 1989 dan 4 September 2007; beliau telah tiga kali gagal hadir berceramah dalam tempoh empat bulan terakhir, iaitu di Ipoh pada 3 Disember 2017, di Bentong pada 10 Februari 2018 dan di Pulau Pinang pada 11 Mac 2018; dan beliau telah mengalami batuk teruk ketika berceramah di Tanjung Malim pada 16 Mac 2018.

Dari sudut genetical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai jangkaan hayat lelaki Malaysia ialah 72.7 tahun; dan mengenai purata tempoh hayat adik-beradik beliau yang tidak lebih tinggi berbanding beliau, iaitu Mashahor yang meninggal dunia sewaktu berusia 79 tahun pada 30 September 2002, Mahadi yang meninggal dunia sewaktu berusia 86 tahun pada 12 Disember 2000, Habshah yang meninggal dunia sewaktu berusia 89 tahun pada 6 Disember 2006 dan Rafeah yang meninggal dunia sewaktu berusia 94 tahun pada 1 September 2009.

Dari sudut mental, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai penurunan kemampuan kognitif beliau yang kelihatan jelas di dalam dialog bersama cendekiawan Melayu pada 25 Julai 2017 dan sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 20 Disember 2017.

Dari sudut pyschological, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai ketidaksediaan awal beliau untuk menjadi Perdana Menteri membabitkan kenyataan beliau di University of London pada 21 September 2016 bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri beliau, kenyataan beliau di Tasek Gelugor pada 23 April 2017 bahawa beliau terlalu tua dan pendedahan Wan Saiful dalam Channel News Asia pada 6 Disember 2017 bahawa Tun Dr Mahathir menyebut tidak mahu bertanding.

Dari sudut moral, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai bagaimana beliau sebelum ini sering mencemuh tokoh politik yang lebih muda dari beliau sebagai terlalu tua untuk menjawat jawatan tinggi kerajaan melalui kritikan beliau terhadap Datuk Nik Abdul Aziz pada 30 Oktober 2009 dan 27 April 2013 serta kritikan beliau terhadap Datuk Seri Anwar dalam The Australian pada 11 April 2016 (yang menyebut betapa beliau sendiri sedar beliau tidak mampu terus menjadi Perdana Menteri pada usia 80 tahun).

Selepas dipotong oleh moderator, saya menggunakan kesempatan lain untuk menghujahkan Tun Dr Mahathir tidak mampu dari sudut philosophical dan demographical.

Dari sudut philosophical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai bagaimana Manifesto Pakatan Harapan menjanjikan mengenai pelbagai bentuk perubahan sedangkan perubahan adalah sesuatu yang stressful dan yang diasosiasikan dengan orang muda berbanding orang tua yang diasosiasikan dengan kestabilan.

Dari sudut demographical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai penduduk Malaysia berusia 65 tahun ke atas yang hanya berjumlah 6.2% berbanding penduduk Malaysia berusia 15-64 tahun yang berjumlah 69.7% selain mengenai trend dunia yang menyaksikan kemunculan semakin ramai pemimpin muda seperti Justin Trudeau yang berusia 44 tahun sewaktu menjadi Perdana Menteri Kanada pada 4 November 2015, Emmanuel Macron yang berusia 40 tahun sewaktu menjadi Presiden Perancis pada 14 Mei 2017 dan Sebastian Kurz yang berusia 31 tahun sewaktu menjadi Canselor Austria pada 13 Disember 2017.

Bila panelis lain menyebut mengenai keterpaksaan Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kembali kerana ketiadaan pemimpin muda berwibawa di Malaysia, saya menyatakan bahawa pindaan ke atas Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan bagi menetapkan 75 tahun sebagai usia maksimum calon Ahli Parlimen mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

Saya memang tidak menyangka mengenai kehadiran secara tiba-tiba Tun Dr Mahathir ke wacana ini, apatah lagi bila moderator terus memberikan ruang kepada beliau dan isteri beliau untuk bercakap selain meminta kami sebagai panelis untuk bertanya soalan kepada beliau sebagai jemputan pula.

Bagaimanapun, saya menggunakan ruang yang ada untuk mengingatkan Tun Dr Mahathir mengenai ketidakmampuan beliau dari sudut spiritual dengan merujukkan kepada peringatan Allah mengenai kelemahan manusia pada usia tua seperti yang terkandung di dalam Ayat 68 Surah Yasin, Ayat 5 Surah al-Hajj, Ayat 54 Surah al-Rum dan Ayat 70 Surah al-Nahl.

Saya juga menggunakan ruang yang ada untuk menanyakan beliau mengenai persepsi bahawa, dari segi intelektual, beliau tidak akan mampu untuk jadi Perdana Menteri yang baik kerana beliau tidak akan mampu menguasai Pakatan Harapan serta hanya akan menjadi puppet kepada para pemimpin lain disebabkan dominasi DAP dan disebabkan Perjanjian Pakatan Harapan yang mensyaratkan supaya setiap pembuatan keputusan mestilah dibuat secara konsensus, termasuk dengan membangitkan beberapa kandungan utama di dalam Manifesto Pakatan Harapan sebagai contoh.

Saya juga turut menanyakan beliau satu soalan yang memang sudah lama saya mahu tanyakan sendiri kepada beliau, iaitu apa yang menyebabkan beliau sendiri kini bersedia untuk menjadi Perdana Menteri kembali tatkala beliau sendiri menyebut, pada 21 September 2016, bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri beliau dan tatkala kaji selidik PPBM yang diumumkan oleh Datuk Dr Rais pada 10 Mei 2017 sendiri menyebut bahawa calon paling popular untuk menjadi Perdana Menteri bukanlah beliau, tetapi Tan Sri Muhyiddin.

Saya berpuas hati dapat menanyakan kedua-dua soalan tersebut secara terus kepada Tun Dr Mahathir, malah jawapan Tun Dr Mahathir kepada kedua-dua soalan saya ini telah diberikan liputan oleh media massa.

Adalah tidak benar dakwaan yang disebarkan secara meluas dalam media sosial, yang turut disertakan dengan foto yang menunjukkan seolah-olah saya terkedu di sisi beliau, bahawa saya kononnya terus terkucil ketakutan sebaik sahaja Tun Dr Mahathir sampai ke majlis wacana itu.

Saya sebaliknya merasa teruja dengan kehadiran Tun Dr Mahathir yang, berdasarkan kenyataan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq, kepada saya selepas majlis itu tamat, memutuskan untuk hadir sendiri ke majlis itu selepas melihat perjalanan wacana itu sejak ia bermula secara live, termasuk tindakan saya yang lantang mengkritik beliau.

Pada hemat saya, cubaan Tun Dr Mahathir untuk menunjukkan keberanian beliau dengan mencabar saya di laman Facebook beliau untuk mengkritik beliau secara berdepan adalah sesuatu yang melucukan kerana jika beliau betul-betul berani beliau sepatutnya menyahut undangan Sinar Harian untuk ikut sama di dalam wacana itu sejak awal lagi sebagai pembicara bukan hadir tiba-tiba di tengah majlis sebagai penonton (yang diberi peluang untuk berbicara).

Saya mengharapkan akan ada soalan dari penonton yang akan membolehkan saya mengkritik Tun Dr Mahathir secara berdepan, malangnya peluang untuk penonton berbicara juga ditutup secara yang, saya dimaklumkan, tidak adil.

Saya juga merasa terkejut dengan sikap hipokrit Tun Dr Mahathir yang memberikan gambaran positif mengenai tahap kesihatan beliau kepada khalayak, tetapi sewaktu jamuan selepas majlis itu tamat saya mendengar sendiri beliau komplen mengenai jadual ceramah beliau yang ketat, mengenai betapa beliau terpaksa menunggu sehingga lewat malam di dalam sesuatu majlis ceramah kerana sering diletakkan sebagai penceramah terakhir dan sebagainya.

Saya dimaklumkan mengenai pelbagai troll memanjang yang dikenakan terhadap saya oleh para pengikut setia Tun Dr Mahathir, termasuk oleh para pemimpin AMANAH. Paling menarik ialah tindakan dua evangelis Kristian utama DAP, Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin, menggelakkan saya di laman Facebook mereka.

Tidak mengapa, ada ubi ada batas.

Dr Kamarul Zaman Yusoff
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM)

Artikel ini adalah pendapat penulis dan tiada kaitan dengan dasar Ismaweb.net. Artikel ini terlebih dahulu disiarkan di Facebook penulis.

Kredit - Sayap Hitam Dot Com.

-----------------------------------------------------------------
loading...

No comments