“Macam ni barulah BFF…” – Jalan berpegangan tangan, netizen teruja melihat keakraban Robert Kuok dan Tun Daim

“Macam ni barulah BFF…” – Jalan berpegangan tangan, netizen teruja melihat keakraban Robert Kuok dan Tun Daim

Setelah sekian lama berada di luar negara, billionaire Tan Sri Robert Kuok telah pun selamat tiba daripada Hong Kong hari ini untuk menyertai mesyuarat bersama-sama dengan rakan-rakan Majlis Penasihatnya di tanah air.

“Macam ni barulah BFF…” – Jalan berpegangan tangan, netizen teruja melihat keakraban Robert Kuok dan Tun Daim
“Macam ni barulah BFF…” – Jalan berpegangan tangan, netizen teruja melihat keakraban Robert Kuok dan Tun Daim


ARTIKEL MENARIK: Inilah gambar terbaru Mat Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia di hadapan rumah beliau merasakan banyak perbezaan dulu dan sekarang.



Majlis penasihat yang baru ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir yang berperanan untuk menasihati kerajaan di dalam hal ehwal ekonomi dan kewangan telah mendapat reaksi yang positif di kalangan rakyat Malaysia.

Dianggotai oleh bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden Petronas Tan Sri Hasan Merican, billionaire Tan Sri Robert Kuok dan pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram, majlis penasihat ini sudah pastinya bakal memainkan peranan yang penting dalam memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih baik pada masa yang akan datang.



Sejak awal pagi tadi, beberapa keping gambar yang menunjukkan keakraban di antara Tan Sri Robert Kuok dengan Tun Daim Zainuddin telah menjadi tular di Facebook.

Macam bertahun-tahun sudah terpisah dan tidak berjumpa.

Aksi-aksi Tun Daim yang menyambut kehadiran Tan Sri Robert seperti seorang kawan yang telah lama terpisah itu telah membuat ramai netizen yang terkesan.


Macam ini barulah BFF sejati.

Selain daripada itu, gambar kedua-dua tokoh ini yang berjalan sambil berpegangan tangan turut mendapat perhatian netizen. Rata-rata berasa terharu melihat betapa akrabnya perhubungan di antara mereka ini meskipun berlainan bangsa dan agama.



Komen-komen netizen.


Lagi komen-komen dari netizen.



Sumber : FB Malay Mail

Kredit: Ohmymedia

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post