Aku baru balik dari pejabat PTPTN dan beginilah situasi terkini di pejabat PTPTN.
Lepas menteri umum gaji bawah RM4,000 tak payah bayar PTPTN dulu, ramai yang terus berhenti tidak mahu bayar langsung hutang |
ARTIKEL MENARIK: Netizen Bengang Bila DS Najib Tuduh Kementerian Kewangan Tak Faham Definasi Hutang Negara…
Aku macam blur-blur lagi. Eh? Lepas itu kakak yang layan aku pun cerita. Sejak dari pagi tadi kami terima telefon, saya pun sejak subuh tadi. Orang telefon tanya macam mana mahu henti potong gaji. Semua orang mahu berhenti bayar.
Sebab keluar pengumuman yang gaji bawah RM4,000 tidak perlu bayar. Jadi mindset semua orang, terus berhenti tidak mahu bayar langsung. Aku pun tanya, pasal mansuh blacklist itu macam mana?
Kak itu pun beritahu, itu baru sekadar kata-kata, belum ada apa-apa yang rasmi. Bermakna tiada tindakan rasmi. Tetapi kalau dijalankan secara rasmi lepas ini kami pun seronok Ye, aku pun suka weh. Siapa yang suka kena blacklist.
Tetapi ayat seterusnya kakak itu buat aku tersentap, tapi itulah, jalan-jalan boleh, mahu bayar PTPTN tidak boleh.
Aku tidak faham sangat, tetapi lebih kurang macam semua orang tidak mahu bayar hutang, sedangkan PTPTN sendiri pun berhutang dengan Bank Negara. Jadi siapa mahu tanggung orang-orang yang tidak mahu bayar dan macam mana mahu berikan pinjaman pada generasi yang akan datang nanti?
Kakak itu pun sambung lagi, hutang negara sekarang RM40 billion. Siapa mahu bayar? Mampu ke negara mahu tanggung itu semua?
Dia nampak kesedihan. Mindset orang bila mereka yang berpendapatan RM4,000 ditangguhkan pembayaran balik, terus mahu berhenti bayar walaupun sebelum ini sudah buat potong gaji pun. Mahu tunggu sampai bila? Sebab sama saja, hutang tetap kena bayar juga.
Lepas itu, kawan-kawan ofis dia yang lain pun bising-bising. Dia pun cakap, haa, itu dorang bising-bising itu sebab ada orang telefon mahu berhenti bayarlah tu. Kami sudah terangkan macam mana pun, orang tetap mahu berhenti bayar juga.
Aku pun seseolah terus ada kesedaran selepas mendengar luahan kakak ni. Aku pergi buat pun sebab ibu bapa yang beritahu aku, dengan negara kita boleh dikecualikan, tetapi dalam agama, hutang tetap hutang. Kena bayar walaupun sikit-sikit.
BTW, aku tidak jadi mahu buat potongan gaji sebab kakak itu cakap nanti akan jejas rating kalau mahu buat pinjaman untuk beli rumah atau pun kereta.
Doakan rezeki aku murah nak bayar balik duit yang aku guna untuk hidup masa diploma dulu. Aamiin. Assalamualaikum.
Sumber : Beyla
sumber : ohmymedia.cc
Post a Comment