Ismail Kassim Mengaku Beliau Bukan Calang Calang Orang. Ini Jawatan Yang Beliau Pernah Pegang Dahulu

Ismail Kassim Mengaku Beliau Bukan Calang Calang Orang. Ini Jawatan Yang Beliau Pernah Pegang Dahulu

Datuk Ismail Kassim yang juga adik kepada Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan beliau menjadi boneka kepada mana-mana pihak.

Ismail Kassim Mengaku Beliau Bukan Calang Calang Orang. Ini Jawatan Yang Beliau Pernah Pegang Dahulu
Ismail Kassim Mengaku Beliau Bukan Calang Calang Orang. Ini Jawatan Yang Beliau Pernah Pegang Dahulu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang itu berkata Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail tidak benar-benar mengenali dirinya kerana beliau pernah menjadi pengerusi di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

ARTIKEL MENARIK: Tempoh 100 Hari (HARAPAN) Tak Masuk Akal…Jika kita buang tempoh seratus hari yang bodoh itu’- Tan Sri Rafidah Aziz


RAJA PERLIS TIDAK KENAL SIAPA ISMAIL KASSIM

36e1fca1a6d1c285c5b5614466ff45d5.jpeg

“Tuanku tak kenal saya, saya pernah jadi chairman besar-besar, saya bukan jadi pegawai tadbir diplomatik, tapi chairman suruhanjaya. Suruhanjaya besar ini dibawah Agong.

“Saya the only chairman yang dapat kuasa eksekutif daripada perdana menteri pada masa itu. Saya dapat kuasa eksekutif maknanya saya tak pernah refer perdana menteri atas setiap keputusan yang saya ambil dan buat.

Sidang media bersama lapan ADUN

“Kalau waktu itu perdana menteri bagi kuasa eksekutif itu percaya ke tak percaya. Maknanya seperti tender projek dia bagi dekat saya, saya tak boleh refer kat perdana menteri,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Hotel Sri Pacific, Kuala Lumpur.
Ismail berkata pelantikannya sebagai pengerusi SPAN sebelum ini itu juga bermakna karisma dan kredibilitinya dipercayai pada masa itu.

Beliau menjadi pengerusi SPAN dari November 2011 hingga Disember 2016.
Sidang media itu turut dihadiri lapan ADUN BN Perlis yang lain.

Terdahulu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, baginda tidak melantik Ismail yang dinamakan BN sebagai calon menteri besar kerana bimbang pentadbiran kerajaan negeri menjadi boneka yang boleh dikawal pihak lain.


Sebelum ini Shahidan yang juga Pengerusi BN Perlis telah menamakan adiknya Ismail, sebagai calon menteri besar baru.


Mengulas perkara itu, Ismail berkata tidak timbul isu boneka itu memandangkan beliau sudah menarik diri daripada menjadi calon menteri besar BN.

“Tuanku kaitkan saya tentang kerahsiaan dan boneka, saya dah tarik diri dah. Tak timbul soal boneka.. tak timbul Datuk Seri Shahidan Kassim nak bagi kat adik dia tak timbul dah, adik bongsu ke, adik sulung ke tak timbul, tak timbul bawah ketiak (abang).

“Tak timbul soal boneka, itu soal alasan kalau diberi kepercayaan dicuba, bila kita angkat sumpah kerahsiaan kita rasa dalam diri kita diberi satu amanah yang penting,” katanya.

SUMBER : MKINI

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post