GST kadar sifar bermula Jun – Kementerian Kewangan

GST kadar sifar bermula Jun – Kementerian Kewangan

Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan bahawa kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikurangkan dari enam peratus kepada kadar sifar berkuatkuasa 1 Jun.

GST kadar sifar bermula Jun – Kementerian Kewangan
GST kadar sifar bermula Jun – Kementerian Kewangan
Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan kerajaan menghentikan kutipan GST.



ARTIKEL MENARIK: Selepas Bebas Anwar Ibrahim Terus Ke Istana Negara. Ini Suasana Di Depan Istana Negara Yang Memang Teruja Jika Melihatnya


Pemansuhan GST adalah sebahagian daripada manifesto kerajaan baru Pakatan Harapan yang berjanji akan melaksanakannya dalam tempoh 100 hari.


Hari ini menandakan hari ketujuh gabungan HARAPAN berkuasa selepas ia menamatkan pemerintahan 61 tahun BN yang menerajui negara sejak kemerdekaan sehingga pilihan raya umum 9 Mei lalu.

malaysiakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post