‘Dia Boleh Datang Beritahu Masalah, Tapi Tidak Berbuat Demikian’ – Najib Persoal Kekesalan KJ

‘Dia Boleh Datang Beritahu Masalah, Tapi Tidak Berbuat Demikian’ – Najib Persoal Kekesalan KJ

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilaporkan menyesal apabila tidak berterus-terang dengan bekas presidennya, Datuk Seri Najib mengenai masalah melanda parti itu. Khairy atau KJ berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana pemimpin Umno tidak sepatutnya dipisahkan dengan realiti.

‘Dia Boleh Datang Beritahu Masalah, Tapi Tidak Berbuat Demikian’ – Najib Persoal Kekesalan KJ
‘Dia Boleh Datang Beritahu Masalah, Tapi Tidak Berbuat Demikian’ – Najib Persoal Kekesalan KJ

Najib ketika ditemubual media memberi respon mengenai kenyataan KJ itu.

Agak terbuka tapi mahu perbincangan tertutup


Menurut bekas perdana menteri ini, dia mendakwa mengamalkan sikap terbuka dengan semua pihak meskipun pandangan yang diluahkan mungkin berbeza dengan prinsip yang dipegangnya. Sepatutnya, KJ bersuara lebih awal jika merasakan ada kepincangan dalam parti.

ARTIKEL MENARIK: Rosmah Mansor akhirnya jawab 7 fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada beliau selama ini. No 7 Tu Paling Tak Masuk Akal!


Saya agak terbuka mengenai perkara ini, cuma saya mahu ia dilakukan secara tertutup, kerana kita tidak sepatutnya menyerang sesama sendiri sebagai anggota dalam kerajaan.

KJ sendiri mengaku tak berjumpa berterus-terang



Najib yang masih diberi kepercayaan sebagai Ahli Parlimen Pekan memberitahu, ahli parti itu mempunyai hak untuk bersuara asalkan menggunakan cara dan saluran yang betul
Hakikatnya, Khairy boleh datang berjumpa saya dan memberitahu, kita tidak berada di landasan yang betul atau berdepan masalah yang tidak ditangani sewajarnya.
Dari situ, saya boleh buat keputusan sama ada mahu menerima atau menolaknya. Namun itu tidak berlaku, beliau (Khairy) sendiri mengakui tidak berbuat demikian.


Utamakan disiplin parti


Sekiranya anda menyerang kepemimpinan secara terbuka, itu bertentangan dengan disiplin parti, tetapi sekiranya awak datang bersemuka sambil memberitahu tidak bersetuju dengan saya, itu tidak salah. Saya rasa ia sepatutnya dilakukan sedemikian.

Saya hanya mengutamakan disiplin parti. Mereka yang diambil tindakan selama ini adalah disebabkan kesalahan melanggar disiplin parti.
Sumber : ohbulan

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post