Dawn Raid: 'Dalam masa 4 jam, syarikat Guthrie kembali ke tangan Malaysia'

Dawn Raid: 'Dalam masa 4 jam, syarikat Guthrie kembali ke tangan Malaysia'

Peristiwa Dawn Raid atau Serangan Subuh merupakan satu peristiwa yang terpatri di dalam ingatan rakyat Malaysia apabila peristiwa tersebut merupakan usaha yang melibatkan tokoh-tokoh terkemuka termasuklah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir, Ismail dan Khalid Ibrahim.

Dawn Raid: 'Dalam masa 4 jam, syarikat Guthrie kembali ke tangan Malaysia'
Dawn Raid: 'Dalam masa 4 jam, syarikat Guthrie kembali ke tangan Malaysia'
Dawn Raid merupakan serangan pasaran saham bagi mengambil alih syarikat Guthrie kepunyaan British. Ketika peristiwa ini berlaku, Tun M ketika itu baru sahaja memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama dua bulan.

ARTIKEL MENARIK: Niatnya Baik Nak Bagi Gula-Gula Pada Kanak-Kanak, Wanita Maut Dibelasah Selepas Disalah Anggap Sebagai Penculik


AKU nak buat Thread pasal Dawn Raid. Cerita bagaimana kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tun M yang baru sahaja menjadi Perdana Menteri dalam masa dua bulan. Beliau mengambil alih syarikat perladangan terbesar kerajaan British pada 1981. Hanya dalam masa empat JAM!

Thread ini hanya sekadar perkongsian dan makluman kepada mereka yang mungkin menafikan bahawa Tun M takkan dapat memulihkan ekonomi Malaysia. No heart feeling please.

So, kalau kita nak kata bila semua ni bermula. Agak panjang cerita dia. Based on pembacaan aku, antara benda yang terlibat untuk membuatkan benda ni berlaku.

1. Pegangan harta korporat.

Melayu yang menjadi bangsa majoriti hanya memiliki 1.5% pembahagian harta korporat berbanding bangsa Cina (22.8%) dan british 60%.

2. Kritikan Tun M kepada Tunku Abdul Rahman atas peristiwa 13 Mei 1969.

Tun M marah kepada kerajaan kerana terlalu memberi muka kepada orang lain sehingga meminggirkan melayu.

3. Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dasar radikal yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak (1970-1976) yang tak berapa nak menjadi. Syarikat-syarikat British lebih banyak menerima manfaat dan menambah aset walaupun dasar DEB diperkenalkan untuk membantu Melayu.

4. British tak nak jual aset kepada Negara dan melengah-lengahkan usaha kerjasama dan menolak usul kerajaan.

British menindas pekebun kecil Melayu dan lain-lain. Walaupun Syarikat Guthrie-Ropel berjaya diwujudkan untuk tujuan melayu membeli tanah melalui BSKL. Guthrie hanya menyerahkan tanah yang buruk, tiada nilai dan tanah yang tidak boleh diusahakan.


5. Pendirian Tun M sebagai Anti penjajah.

Tun M merupakan PM pertama daripada tiga Perdana Menteri terdahulu yang tak merokok, tak minum, tak minat golf. Dia tidak menerima pendidikan British dan tidak berapa nak jaga hubungan dengan Inggeris. Dan well known sebagai orang yang membenci penjajah.

6. Pihak British menarik subsidi pelajar Malaysia yang belajar di Britian dan menaikkan yuran pembelajaran di Britian. Seramai 17,000 pelajar terkesan dengan kenaikan yuran ini. Kes ini membuatkan Tun M yang pada ketika Menteri Perdagangan memberikan amaran keras kepada pihak British.

“Hang buat sabaq sat nah, jangan dok buat cengey.” Ikutkan banyak lagi. Secara ringkasnya, walaupun kita merdeka daripada British, tapi mereka masih nak menggunakan Malaysia sebagai sumber pendapatan mereka. Ekonomi kita dikawal oleh mereka. Pekebun kecil Melayu ditindas. Tanah Malaya menjadi aset mereka dan kerajaan Malaysia diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya.

Macam mana Dawn Raid ni terjadi? 

Operasi Dawn Raid ini diterajui oleh Dato Ismail Ali (DIA) pengerusi PNB ketika itu telah memaklumkan pada Tun M dan Tengku Razaleigh Hamzah (TRH) selaku Menteri Kewangan yang dia nak buat serangan hendap kepada kerajaan British. DIA telah menugaskan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) yang bekerja sebagai pengurus pelaburan PNB masa itu untuk mengkaji dan meneliti sama ada Syarikat Guthrie boleh diambil alih melalui pasaran saham London.

TSKI bekerjasama dengan N.M Rothschild and Sons Ltd telah berjaya menemui cara bagaimana nak mengeksploitasikan bursa saham London. Tapi ada syaratnya. Syaratnya, serangan ini mestilah dilakukan serahsia yang mungkin dan sepantas yang boleh untuk mengelakkan daripada Syarikat Guthrie menyedari benda ni sedang berlaku.

Melalui persetujuan Tun M dengan modal sebanyak 282 juta pounds (masa tu) Operasi Dawn Raid ini pun dilakukan. Untuk kita faham benda ni secara mudah Syarikat Guthrie ketika itu mempunyai beberapa shareholder.
  1. Genting Group.
  2. Bank Simpanan Nasional.
  3. Kuwait Investment Office
  4. OCBC
  5. PNB
  6. Pelabur kecil ( orang luar/ bukan syarikat besar)
Dan syarikat yang akan memegang shareholder terbesar adalah PNB (di bawah pengurusan DIA). Tapi masa tu PNB hanya memiliki 15% sahaja daripada hak pemilikan. So nak jadikan PNB sebagai shareholder terbesar PNB mesti pegang 40-50%.

PNB lantik N.M Rothschild untuk beli saham Guthrie daripada pelabur besar (OCBC, Kuwait dan lain-lain) dan Rowe and Pittman untuk beli saham-saham kecil daripada pelabur luar. Ideanya di sini, PNB akan beli semua saham saham tadi ini secara serentak sebelum Bursa London dibuka dan mesti dibeli tanpa pihak Guthrie menyedari benda ini dah berlaku. Tahu-tahu saja saham semua tu dah jadi milik PNB.

1.jpg

Selepas semua dah bersedia, bermulalah segalanya. Serangan hendap ini berlaku pada 7 september pukul 9 pagi (pukul 4 petang waktu Malaysia). TSKI ditugaskan untuk menguruskan pembelian saham di Malaysia. DIA menguruskan pembelian saham di Singapura (Saham OCBC). Dan Rowe and Pittman uruskan pembelian saham di London.

Semasa proses pembelian saham ini, OCBC telah menolak untuk menjual saham Guthrie kepada PNB. Sebab dia aku tak tahu.

Selepas 4 jam operasi ini berjalan, PNB berjaya memiliki 8 juta saham (50.41%) dan secara rasminya menjadikan PNB sebagai shareholder terbesar syarikat Guthrie.

Oh ya, pembelian saham semua ini of course tak melalui Malaysia. TSKI masa itu kena buat satu akaun bank dekat Switzerland untuk pembayaran saham. Kalau guna akaun Malaysia confirm Guthrie tahu sahamnya dibeli oleh kerajaan Malaysia.

2.jpg

Kesan daripada Dawn Raid ini, Malaysia yang dulu diperlekehkan oleh kerajaan British dan negara-negara besar mula membuka pintu rundingan kepada Malaysia. Bursa Saham London terpaksa memperbaharui sistem dan undang-undangnya. Kerajaan Malaysia memegang aset-aset Guthrie di luar negara seperti di India, New Zealand dan Taiwan.

Shareholder besar Guthrie yang lain juga menjual kesemua sahamnya kepada Malaysia selepas tiga bulan operasi ini berjalan. Keuntungan yang menjadi hak milik Malaysia ketika itu melebih modal operasi yang dikeluarkan.

Ekonomi Malaysia meningkat, rizab negara meningkat, nasib pekebun kecil terbela dan menjadikan bukti bahawa Tun M bukanlah calang-calang orangnya. Aset negara yang dipegang oleh kerajaan besar ketika itu dalam diambil hanya melalui operasi selama  empat jam sahaja.

DAWN RAID: Filem mengenai bagaimana team Tun Mahathir menyerang saham Guthrie ketika fajar 7 September 1981. Lakonan oleh Shaheizy Sam sebagai Khalid Ibrahim. Akan datang ke pawagam.

Filem diarahkan oleh Bront Palarae. pic.twitter.com/QRMyNHxGe1
— enche.waqjai (@waqjai) May 12, 2018

And of course. The mind behind all of this. Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas Menteri Selangor. Power namatey. By the way, akan ada movie hasil anak seni paling kacak malaysia iaitu Bront Palarae. Filem ini menceritakan pasal Dawn Raid ini dalam bentuk filem yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam dan lain-lain pelakon mantap di Malaysia. Bila filem itu keluar, aku tak pasti.

Sumber: Sha @doubleashh


4.jpg


p/s: Menurut Bront, filem Dawn Raid akan ditayangkan pada hari kebangsaan kelak. Filem itu katanya lebih menonjolkan watak yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam. Malah katanya, Tun Dr Mahathir sendiri mengakui Dawn Raid bukan perancangannya. 

 via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post