“Dalam Beg Ada 14.74 Gram Dadah Tapi Boleh Lepas..” - Netizen Hairan Uqasha Senrose Lolos Tahanan Polis

“Dalam Beg Ada 14.74 Gram Dadah Tapi Boleh Lepas..” - Netizen Hairan Uqasha Senrose Lolos Tahanan Polis

Laman media sosial menjadi kecoh malam tadi apabila pelakon wanita popular, Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemui enam bungkusan kertas aluminium berisi 53 pil eramin 5 dalam beg tangannya.

“Dalam Beg Ada 14.74 Gram Dadah Tapi Boleh Lepas..” - Netizen Hairan Uqasha Senrose Lolos Tahanan Polis
“Dalam Beg Ada 14.74 Gram Dadah Tapi Boleh Lepas..” - Netizen Hairan Uqasha Senrose Lolos Tahanan Polis
Namun menurut laporan Berita Harian, pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu telah dibebaskan dengan jaminan polis serta disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

ARTIKEL MENARIK: Aset Baru Safiey Illias Jadi Bahan Ejekan Netizen. Tinggi Sampai Cecah Leher!



1.jpg

Menerusi tinjauan di laman Twitter, rata-rata netizen terkejut kerana tidak menyangka kejadian tersebut berlaku terhadap kakak kepada pelakon Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose itu.


Kenapa Uqasha?

2.jpg

Ada juga sesetengah netizen yang berkata mungkin disebabkan itu, Uqasha kelihatan lebih kurus berbanding dahulu mungkin kerana mengambil bahan terlarang tersebut.


Patut lah kurus!

3.jpg

Namun tidak kurang ada juga yang mempersoalkan pelakon itu tidak sepatutnya dibebaskan walaupun ujian air kencing didapati negatif dadah kerana pada mulanya dia ditahan akibat memiliki bahan terlarang.

Kalau tak ambil pun, mesti kena tahan?

4.png

Terdahulu, dadah berkenaan ditemui apabila pelakon berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, pagi semalam.

Uqasha juga didakwa memandu pacuan empat roda model Range Rover sebelum melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda BRV di kawasan tersebut.

Sumber : Berita Harian via http://www.ohmymedia.cc/

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post