Daim, Rais dan Rafidah dipecat dari UMNO serta-merta

Daim, Rais dan Rafidah dipecat dari UMNO serta-merta

PUTRAJAYA – Lembaga Disiplin UMNO telah memecat tiga veteran UMNO yang juga bekas menteri iaitu Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim.

Daim, Rais dan Rafidah dipecat dari UMNO serta-merta
Add captionDaim, Rais dan Rafidah dipecat dari UMNO serta-merta
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengesahkan perkara itu berkata, surat pengguguran keahlian mereka telah ditandangani olehnya semalam.

“Saya berada di ibu pejabat UMNO semalam dan sudah menandatangani surat pengguguran keahlian mereka.

ARTIKEL MENARIK: Kepala Bayi Kedua Tumbuh di Perut Bayi Ini, Doktor Terpaksa Membedah Kepala Tambahan Itu, Tak Sangka Kemudian Muncul Sesuatu yang Mengejutkan


“Mengikut perlembagaan parti mereka sebagai veteran UMNO tahu bahawa tindakan mereka itu salah apabila berceramah di atas pentas pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan ketiga-tiga bekas menteri terbabit yang kini menyokong pembangkang.


Tambah Tengku Adnan lagi, beliau tidak bertindak berdasarkan ‘cakap-cakap’ sebaliknya sudah memperoleh bukti bergambar. – UTUSAN ONLINE

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post