Dah Maki Hamun Sultan Kelantan, Siap Sedia Guling Sultan Johor Pula. Lelaki Ini Muat Naik Status Biadap Terhadap Sultan.

Dah Maki Hamun Sultan Kelantan, Siap Sedia Guling Sultan Johor Pula. Lelaki Ini Muat Naik Status Biadap Terhadap Sultan.

“Bagi saya, yang lebih penting adalah keselamatan, jadi di mana Ali berada, saya tidak peduli sangat, asalkan tempat dia berada selamat,” kata Jalil kepada The Malaysian Insider.

Dah Maki Hamun Sultan Kelantan, Siap Sedia Guling Sultan Johor Pula. Lelaki Ini Muat Naik Status Biadap Terhadap Sultan.
Dah Maki Hamun Sultan Kelantan, Siap Sedia Guling Sultan Johor Pula. Lelaki Ini Muat Naik Status Biadap Terhadap Sultan.
Walaupun Abd Jalil Abd Rahman bersedih dengan keputusan anaknya meninggalkan Malaysia dan mendapatkan suaka politik di Sweden, beliau tahu pilihan yang ada hanyalah sama ada membenarkannya pergi atau merisikokan nyawanya.

Beliau menerima berita itu dan menyokong keputusan anaknya meninggalkan negara, walaupun bersedih terpaksa berpisah.

Ali, 29, berdepan tiga dakwaan menghina kesultanan Johor dan Selangor, mengumumkan Sabtu lepas sudah terbang ke Sweden selepas dilayan “seperti sampah” oleh kerajaan dan sultan.
Ali sebelum ini mendakwa keselamatannya diancam dengan ugutan bunuh, dan walaupun laporan polis dibuat, tiada tindakan diambil.

ARTIKEL MENARIK: Lepas menteri umum gaji bawah RM4,000 tak payah bayar PTPTN dulu, ramai yang terus berhenti tidak mahu bayar langsung hutang


Bapanya berkata, kes dihadapi Ali unik kerana anaknya itu berdepan dengan institusi raja yang mempunyai kuasa tiada batasan.
“Ali punya kes ini berbeza dengan Adam Adli atau Safwan Anang kerana mereka ini menentang kerajaan dan institusi,” katanya merujuk kepada dua aktivis yang sudah dijatuhkan hukuman penjara mengikut Akta Hasutan 1948.
“Tapi Ali ini, beliau bantah terhadap institusi istana, semua faham isu ini sensitif dan melibatkan sentimen orang Melayu.”
Walaupun Ali mengatakan beliau “selamat di Sweden”, Jalil masih bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas anaknya.
“Kita pun tahu dan pernah mendengar raja mengambil tindakan membelakangi dan melanggar undang-undang.
“Kita juga tahu sistem keselamatan dan keadilan negara ini tidak menjamin keselamatan rakyat,” katanya.
Dari Sweden, Ali meneruskan kritikan kerasnya terhadap sultan, institusi raja dan kerajaan di akaun Facebook dan menerima ratusan tanda “like” dan komen.
Bagaimanapun, Jalil mempertahankan kritikan keras anaknya terhadap institusi raja, mengatakan ia datang daripada pengalaman peribadi Ali yang melihat ketidakadilan institusi tersebut.
“Ali ini seorang yang suka cabaran, selepas SPM dia pergi kerja, tidak macam orang lain. Dengan inisiatif sendiri dia pergi kerja.
“Kerja restoran, di lapangan terbang dan hotel, jadi dia memerhatikan kelibat orang dan mereka yang dikatakan ‘golongan elit’ ini,” katanya.
Katanya, Ali melihat ketidakadilan yang berlaku dalam negara, khususnya melibatkan institusi raja.


“Semasa bekerja di hotel mewah Kuala Lumpur, di sana dia melihat gambaran buruk dilakukan oleh mereka yang elit ini, pembesar negara dan orang istana.
“Bila dia lihat perkara yang tidak sepatutnya berlaku ini, dia mungkin mempersoalkan apa yang dilakukan oleh seseorang yang dikatakan ketua agama ini,” kata pesara itu.
Jalil yang pernah berkhidmat sebagai penjawat awam juga tidak menolak kemungkinan kelantangan Ali kerana dia tidak berpuas hati terhadap layanan kerajaan terhadap saudara kembarnya, Ahmad.
Tahun lepas Ahmad Abd Jalil didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Baharu selepas didapati bersalah kerana menghina Sultan Johor di Facebook pada 2012.
“Semasa proses mahkamah itu kita boleh nampak berlakunya ketidakadilan.
“Jadi maknanya kalau Ali dibicarakan pun, tidak mungkin beliau dapat keadilan daripada pihak mahkamah,” katanya dan menambah Ahmad kini mengambil Ijazah Kedoktoran (PHD) di Universiti Sains Malaysia.
Ditanya apakah dia mengharapkan Ali pulang, Jalil berkata keluarganya akan sentiasa menyokong keputusan Ali dan menasihatinya supaya belajar erti hidup sepanjang merantau.
“Beginilah, dunia ini sementara. Tidak semestinya kalau kamu mahu mati, perlu mati di tempat asal.
“Contohnya, Nabi Muhammad sendiri tidak wafat ditempat lahirnya. Saya lebih suka kalau dia berada di sana dan menikmati dunia sementara ini.”
Bagaimanapun, Jalil menasihati anaknya supaya tidak melupakan tanggungjawab sebagai orang Islam dan sentiasa berdoa kepada Allah.
“Kalau dia percaya Malaysia ini baik untuknya, dia boleh balik. Kalau dia rasa lebih aman dan selamat di sana, lebih baik kekal berada di sana,” katanya.
Kakak Ali, Asiah Abd Jalil memberitahu The Malaysian Insider adiknya itu sejak kecil lagi sudah ditanam dengan pemikiran kritis.

Ali pada mulanya ditahan pada 8 September dan direman di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Pada 23 September, dia dibebaskan dengan jaminan RM8,000 di mahkamah Shah Alam, tetapi ditahan semula dan dibawa ke Johor kerana terdapat laporan polis terhadapnya di sana.

Amnesty International menyifatkan Ali sebagai “Prisoner of Conscience” sebagai usaha menghentikan apa yang mereka sifatkan “pendakwaan terpilih”.

Portal berita Rakyat Times yang diuruskan peguam Haris Ibrahim melaporkan Ali meninggalkan Malaysia pada 18 Oktober ke Bangkok sebelum terbang ke Stockholm pada 21 Oktober.

Di Stockholm, Ali ke Amnesty International Sweden dan dinasihatkan prosedur untuk memohon suaka. Dia dibawa ke pusat suaka sebelum ke bandar lain, Morsta.

Rakyat Times juga melaporkan Ali sudah diberikan permit kerja dan boleh mula bekerja serta merta.

status terbaru oleh Ali Abdul Jalil

Hinaan terhadap Sultan Kelantan

33378160_350984348760772_699457189759365


33216288_350984355427438_713890148614196


33364914_350984388760768_516594908266496

Hasutan untuk menggulingkan Sultan Johor

33301704_350984478760759_889336205709357


33592462_350984395427434_629271273749558



sumber the dream via Matbawang

Sumber : www.cegitucegini.com

Sumber : Muka Media.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post