Header Ads

Azmin Bongkar Punca Pakatan Harapan Menang

loading...

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan faktor kemenangan Pakatan Harapan adalah kecurangan pengurusan kewangan di Putrajaya, skandal 1MDB dan kos sara hidup yang tinggi.

41518270551_AzminAli.jpg
Menurutnya, Pakatan Harapan berjaya meyakinkan rakyat dan beliau gembira kerana penerimaan rakyat dengan dasar parti yang diberikan.

"Mereka (rakyat) telah berikan harapan kepada Harapan untuk mengubah negara kita.

ARTIKEL MENARIK: Dah Sampai Istana Tapi Tak Boleh Masuk


"Kita juga telah memutuskan Harapan dibentuk, dalam tempoh 100 hari, cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dihapuskan," katanya selepas sidang media pengumuman kejayaan Harapan dalam PRU14, di sini, hari ini.


Tambah Azmin, beliau turut mengakui pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap rakyat serta anggota UMNO selain pengalaman lama dalam kerajaan menjadi faktor kejayaan Harapan.


Selain itu, Azmin turut meluahkan rasa syukurnya kepada rakyat Malaysia di atas keputusan bersejarah ini dengan tumpasnya BN dalam PRU14.

"Ini yang dinantikan bahawa rakyat Malaysia setelah sekian lama menantikan perubahan secara keseluruhan bagi memastikan Malaysia ditadbir secara bertanggungjawab," katanya.

Sumber: Astro Awani

-----------------------------------------------------------------
loading...

No comments