15 Maut Serangan Keganasan Di Jabatan Kewangan Negeri

15 Maut Serangan Keganasan Di Jabatan Kewangan Negeri

JALALABAD: Sekurang-kurangnya 15 maut termasuk seorang kanak-kanak manakala 42 lagi cedera dalam serangan bom dan tembakan berterusan di sebuah bangunan kerajaan di Jalalabad, Afghanistan.

15 Maut Serangan Keganasan Di Jabatan Kewangan Negeri
15 Maut Serangan Keganasan Di Jabatan Kewangan Negeri
Kejadian pada Ahad itu menyaksikan sebutir bom kereta diletupkan di pintu masuk Jabatan Kewangan Negeri sebelum enam penyerang bersenjatakan mesingan dan bom tangan memasuki bangunan tersebut.

Menurut pegawai kerajaan, penyerang itu meletupkan beberapa bom sebelum bertempur dengan pasukan keselamatan selama beberapa jam.

ARTIKEL MENARIK: [GAMBAR] Sory Girls Sila Menangis, Syed Saddiq Sudah Berpunya! Inikah Gadis Yang Dimaksudkan?



Kumpulan militan Daish mengaku bertanggungjawab ke atas insiden itu yang berlaku di kawasan padat dengan bangunan kerajaan lain.

Kira-kira 1,000 pelajar perempuan turut terperangkap dalam sebuah sekolah yang berdekatan sepanjang serangan itu.


Beberapa serangan berprofil tinggi telah melanda negara itu tahun ini dan mengorbankan ratusan orang awam.

Sumber: Astro Awani

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post