Trump, Presiden AS Paling Tua Dalam Sejarah

Trump, Presiden AS Paling Tua Dalam Sejarah

WASHINGTON: Apabila Donald Trump diisytiharkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 Jumaat ini, beliau akan menjadi presiden paling tua dipilih dalam sejarah negara itu.

Trump, Presiden AS tertua dalam sejarah
Trump, Presiden AS tertua dalam sejarah
Purata usia kesemua 44 Presiden AS yang mentadbir Rumah Putih hanyalah 55 tahun sementara Trump kini berusia 70 tahun.

ARTIKEL MENARIK: 15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia


Sehingga kini, Ronald Reagan memegang gelaran presiden tertua AS. Beliau berusia 69 tahun ketika mengangkat sumpah jawatan pada 1981.


George H.W. Bush juga dianggap berusia berbanding purata apabila mengambil alih jawatan itu pada usia 64 tahun dan menariknya, memegang rekod cemerlang di kalangan bekas presiden.


Tahun ini menandakan ulang tahun ke-72 perkahwinannya dengan isteri, Barbara, menjadikan mereka pasangan paling lama berkahwin dalam sejarah Presiden AS.

Pada skala usia berbeza, Theodore Roosevelt menjadi Presiden AS paling muda dalam sejarah susulan pembunuhan Presiden William McKinley pada 1901. Roosevelt berusia 42 tahun ketika memegang jawatan itu.

John F. Kennedy tua setahun daripada Roosevelt apabila mentadbir Rumah Putih 60 tahun kemudian pada usia 43 tahun. -Agensi

Sumber: bharian


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post