Rapidkl respon tuduhan langgar wanita mengandung

Rapidkl respon tuduhan langgar wanita mengandung

Tuduhan seorang individu yang mendakwa IRT lambat datang dari gombak pagi tadi kerana melanggar seorang wanita mengandung adalah palsu.Atas maklumat palsu berkenan Rapidkl pantas merespon punca kebenar kelewatan.

Rapidkl respon tuduhan langgar wanita mengandung
Rapidkl respon tuduhan langgar wanita mengandung

Mereka memberi tahu bahwa ada seorang penumpang pengsan dan kemudian jatuh di trek tren tersebut,bukan di langgar seperti yang di sebarkan.

Isu adanya kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut juga tidak benar,ketika tweet itu di post mangsa sudah pun menerima bantuan perubatan.

ARTIKEL MENARIK: Misteri kubur samseng: pegawai & 3 anggota polis ditahan





Terdahulu Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.48 pagi tadi, seorang wanita yang berusia 26 tahun sedang menunggu tren untuk ke tempat kerja.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan mangsa dalam keadaan tidak stabil dan tiba-tiba terjatuh ke atas trek ketika tren menghampiri platform.

Sistem PIES bertindak memberhentikan tren yang sedang menghampiri platform secara serta merta apabila ia mengesan ada “objek” yang terjatuh ke atas trek.


Sejurus selepas kejadian, Polis Bantuan Prasarana bersama pegawai operasi stesen bertindak mengarahkan semua penumpang untuk mengosongkan platform bagi menjalankan kerja-kerja menyelamatkan mangsa.

Pasukan penyelamat yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat serta ambulans yang tiba di lokasi sejurus kemudian, telah mengambil masa kira-kira 7 minit untuk menyelamatkan mangsa.

Mangsa diiringi pegawai Rapid KL dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan lanjut.

EBerita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post