Kepala pecah dan otak terburai

Kepala pecah dan otak terburai

Seorang lelaki ditemui maut dengan kepala pecah dan otak terburai dipercayai terkena besi cerucuk di kawasan projek pembinaan tebing sungai di Meru Raya di sini pagi tadi.

Kepala pecah dan otak terburai
Kepala pecah dan otak terburai
Kejadian berlaku jam 10 pagi ketika mangsa, Mohd Hanif Azman, 21, beralamat di Mukim Pedu, Kuala Nerang, Kedah, dikatakan sedang bekerja di situ.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby, berkata sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

Katanya, ketika kejadian mangsa berada di lokasi bersama penyelia tapak projek dan pemandu mesin menanam cerucuk.

ARTIKEL MENARIK: Isteri tuntut cerai, suami bakar rumah mentua

loading...

“Berdasarkan keterangan penyelia projek, tugas mangsa adalah memasukkan cangkuk pada batang cerucuk seberat 350 kilogram dan 20 meter panjang.

“Selepas meletakkan cangkuk, mangsa dipercayai lari menyembunyikan diri di sebelah mesin berkenaan ketika batang cerucuk diangkat naik ke atas menggunakan tali kabel.

“Secara tiba-tiba tali kabel terlepas dari ikatan sebelum cerucuk besi itu menimpa kepala mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Mohd Ali berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati kepala mangsa pecah dan otaknya terburai manakala tiada kesan kecederaan lain ditemui pada badan mangsa.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah. Pihak JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja) sudah dihubungi bagi membolehkan siasatan diteruskan manakala kerja pembinaan diarah dihentikan serta-merta selama satu bulan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher dan kepala akibat kemalangan industri. Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kredit - EBerita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post