Kepala hancur dihempap penghentak cerucuk

Kepala hancur dihempap penghentak cerucuk

SIBU: Seorang pekerja warganegara Indonesia maut selepas kepalanya dihempap besi penghentak tiang cerucuk petang kelmarin.

Kepala hancur dihempap penghentak cerucuk
Kepala hancur dihempap penghentak cerucuk
Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata mangsa yang mati serta-merta di tempat kejadian dikenali Hermanto dan memegang pasport bernombor AU556027.


ARTIKEL MENARIK: Remaja Dikenakan Hukuman Kerana Selamatkan Diri Daripada Perogol..

loading...

Jimmy berkata, kejadian malang itu dilaporkan sekitar jam 3.50 petang di tapak pembinaan bangunan kelas Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Teh, Mukah.“Semasa kejadian, mangsa mengangkat penutup kepala tiang cerucuk sebelum mesin penghentak tiang cerucuk turun secara tiba-tiba lalu menghempap kepalanya.


“Hasil siasatan awal, insiden terbabit berlaku disebabkan besi penghentak pada mesin terbabit terkeluar dari landasan sehingga menyebabkan besi terjatuh dengan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Jimmy berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya.Kes tersebut disiasat sebagai kes kematian mengejut.

EBerita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post