Header Ads

Isteri yang bunuh rupanya

loading...

Sepasang kekasih bakal berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki tiga minggu lalu.

Isteri yang bunuh rupanya
Isteri yang bunuh rupanya

Tertuduh, Nurul Haslina Abu Hassan, 38, yang juga merupakan isteri mangsa dan kekasihnya, Zulasri Shaarani, 42, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh masing-masing merupakan seorang ahli perniagaan dan pembantu perubatan di sebuah hospital.

ARTIKEL MENARIK: Terlalu sibuk kerja, anak terlupa kebumi mayat bapa


Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat bersama membunuh Kamarulzaman Safri, 38, di kawasan ladang Sungai Rui, Bagan Pasir, Lebuhraya Gerik-Kupang di sini antara pukul 2 hingga 3 petang 7 April lalu.

Mereka berdua didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.




Terdahulu dimaklumkan orang awam menemukan mayat seorang lelaki dengan kesan tembakan di kepala, dada dan perut di kawasan Ladang Sungai Rui.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abdul Rahman berkata, mayat lelaki tempatan berusia 38 tahun itu dijumpai kira-kira jam 4 petang hasil maklumat orang awam.

Katanya, selain mangsa turut dijumpai berhampiran mayat tersebut adalah tiga butir kelongsong peluru dan sebuah motosikal berkuasa tinggi.

Ketika dijumpai, mayat itu masih lengkap berpakaian. Terdapat sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki berhampiran mayat tersebut.

ARTIKAL BERKAITAN - Identiti Mangsa Tembak di Jalan Gerik Akhirnya Terbongkar

EBerita

-----------------------------------------------------------------
loading...

No comments