‘Ingatkan Waktu Berpantang Bolehlah Berehat’ – Siti Nurhaliza Berang Nama & Wajah Disalahguna
‘Ingatkan Waktu Berpantang Bolehlah Berehat’ – Siti Nurhaliza Berang Nama & Wajah Disalahguna |
ARTIKEL MENARIK: Menyayat Hati! Deja Moss Diceraikan Kerana Tiada Anak
loading...
Terbaru, Siti menerusi laman Instagram meluahkan rasa geram dengan sebuah portal yang menggunakan nama dan gambarnya untuk menyebarkan berita palsu. Menurut Siti lagi, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang berikutan fitnah tersebut.
Ingatkan waktu berpantang bolehlah berehat
Assalamualaikum semua. Ingatkan waktu berpantang, bolehlah berehat tapi tak mengapa, saya perlu jelaskan sesuatu supaya tidak ada orang yang keliru dengan berita palsu ini.
ini.
Apa yg happy sangat tu sayang ibu? #sitiaafiyah tq mummy @adilaramly hadiahkan baju yg aafiyah pakaiA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on Apr 4, 2018 at 11:40pm PDT
Berita PALSU ini terdapat di dalam sebuah blog dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik PAUTAN YANG BERKENAAN, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan nama Sita Nurhaliza.
SAYA DENGAN INI MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA BERITA TERSEBUT (jika dirujuk pada saya). SAYA TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN BERITA PALSU TERSEBUT.
Tidak teragak ambil tindakan
Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut, saya tidak pasti namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah MENGUNDANG KEKELIRUAN DAN MENIMBULKAN PERTANYAAN BANYAK PIHAK mengenai KESAHIHAN berita tersebut.
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on Apr 4, 2018 at 4:07am PDT
Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya SEPERTIMANA YANG TERTERA DALAM PETIKAN DI BLOG TERSEBUT.
Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan YANG SEWAJARNYA YANG DIPERUNTUKKAN DI BAWAH undang-undang YANG BERKAITAN.
Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram menafikan sekerasnya dakwaan yang dibuat portal tersebut. Tambah Siti lagi, beliau tidak ada kena mengena dengan berita palsu tersebut. Jika perkara ini berlarutan, Siti tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika wajah dan nama seperti tertera di dalam petikan blog tidak dipadam.
Sumber : ctdk
Kredit: OHBULAN
Post a Comment