Gadis penuntut Kolej ditemui mati duduk dalam longkang

Gadis penuntut Kolej ditemui mati duduk dalam longkang

Selepas hampir 38 jam hilang, gadis penuntut Kolej Matrikulasi Labuan yang terbabit dalam kemalangan awal pagi kelmarin, ditemui mati dengan posisi duduk di dalam longkang di Jalan Tun Mustapha, Labuan, dekat Wisma Wong Wo Lo, semalam.

Gadis penuntut Kolej ditemui mati duduk dalam longkang
Gadis penuntut Kolej ditemui mati duduk dalam longkang
Mayat Bong Kui Lei, 19, ditemui rakannya ketika pencarian di sekitar lokasi kemalangan, 3.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, nahas pada jam 2 pagi kelmarin itu membabitkan kereta dinaiki mangsa bersama rakan lelakinya yang juga pemandu kenderaan dengan sebuah lagi kenderaan.

ARTIKEL MENARIK: Mayat Remaja Oku ditemui mati tergantung & kemaluan hilang

loading...

Katanya, nahas dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa dari arah bandar menghala Pohon Batu memasuki laluan bertentangan selepas pemandu disyaki mengantuk dan bertembung dengan satu lagi kenderaan.


“Ketika dihantar ke hospital, rakan lelaki mangsa berusia 26 tahun itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan selepas dibenarkan pulang, cuba menghubungi Kui Lei dan mencari di tempat tinggal gadis berkenaan, namun tidak berhasil.

“Berikutan itu, beliau kemudian mencari di sekitar kawasan kemalangan sebelum menemui mayat rakannya, kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian lalu memaklumkannya kepada polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Muhamad Farid berkata, pemandu terbabit memberitahu polis mangsa ada menaiki kenderaan bersamanya sebelum kejadian.

Beliau berkata, pada mulanya kes diklasifikasi sebagai kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan rosak sahaja memandangkan tiada kecederaan serius.

“Bagaimanapun, susulan kematian mangsa, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk bedah siasat,” katanya.

Kredit - EBerita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post