Dua pelajar Malaysia terbunuh di pakanbaru

Dua pelajar Malaysia terbunuh di pakanbaru

Dua pelajar Malaysia terbunuh selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pekanbaru, Riau, Indonesia.

Dua pelajar Malaysia terbunuh di pakanbaru
Dua pelajar Malaysia terbunuh di pakanbaru

Menurut jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, kedua-dua mangsa adalah pelajar Universiti Islam Negeri Sultan Sharif Kasim, Pekanbaru, Riau di Pulau Sumatera.

Mangsa yang maut ialah Mohamad Shaiful Bukhari Ammat, 25, dan Ameer Hakimi Azman, 20 tahun.

ARTIKEL MENARIK: Nasib Baik Juruterbang Dapat Kesan Awal, Pesawat Tun M Disabotaj.


“Dalam kejadian 3.30 petang waktu tempatan itu, kedua-dua pelajar berkenaan yang menaiki sebuah motosikal dilaporkan terlanggar sebuah lori yang berhenti di tengah jalan di Pekanbaru,” katanya.


Allahyarham Ameer Hakimi berasal dari Pulau Pinang disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital, jam 3.35 petang, manakala Allahyarham Mohamad Shaiful berasal dari Sabah, meninggal dunia ketika dirawat di Rumah Sakit Aulia, jam 5 petang.

Menurut pihak kedutaan keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai berita itu.

Eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post