Bongkar Kronologi Kerat 4 Beranak Oleh Keluarga Sendiri Di Gemenche Tahun 2010

Bongkar Kronologi Kerat 4 Beranak Oleh Keluarga Sendiri Di Gemenche Tahun 2010

Kadang-kadang kita sendiri pun tidak tahu apa yang mendorong seorang itu untuk membunuh,apatah lagi mangsa yang dibunuh adalah keluarga sendiri seperti mana yang pernah berlaku kepada 4 beranak di Gamenchen yang disembelih dengan kejam oleh orang yang dikenali sendiri.

Bongkar Kronologi Kerat 4 Beranak Oleh Keluarga Sendiri Di Gemenche Tahun 2010
Bongkar Kronologi Kerat 4 Beranak Oleh Keluarga Sendiri Di Gemenche Tahun 2010
Dalam kejadian yang berlaku pada 4 januari 2010 merupakan hari malang untuk 4 orang mangsa ini.mereka adalah Atan daud 90 bekas imam masjid di kampung batang rokan dan isterinya Sufiah 80,dua lagi mangsa dikenali sebagai Ismail awang 76 (menantu) dan anaknya siti khadijah ismail 22.

ARTIKEL MENARIK: Suami Bunuh Diri,Tak Tahan Tanggung Aib Isteri

loading...

Kesemua mangsa masih ada pertalian darah dengan suspek, yakni cucu kepada Atan daud 90 bekas imam masjid anak kepada Ismail awang dan abang kepada Siti Khadijah.

Kronologi kes:

Hari kejadian.

Siti maryam ismail 18 baru sahaja balik dari sekolah pada jam 3:30 petang dan dia merasa pelik apabila dalam masa perjalanan balik bapanya Ismail tidak datang menjemputnya.sebab lama menunggu siti mariam merasa lebih baik jalan balik kerumah.

Sampai dirumah,siti memanggil kakaknya namun tidak berjawab,dia pun membuka pintu dan tiba-tiba ternampak mayat kakaknya terbaring di lantai berlumuran darah.


Apa yang lebih mengerikan apabila masih ada pisau tepacak di dada kakaknya siti khadijah.
“Saya berlari kerumah datuk dan nenek yang terletak berdekatan,disana saya temui pula datuk nenek dan ayah terbujur kaku dilantai rumah”kata siti mariam.
Kata siti lagi dia menjumpai mayat ahli keluarganya dengan sangat mengerikan dimana datuknya hilang tangan kiri,nenekya pula hilang tangan kanan manakala bapanya hilang kepala dari badan.
Menurut siasatan pihak polis kesemua mangsa memiliki kesan tetakan pada tubuh badan yang dipercayai menggunakan pisau yang terpacak di dada siti khadijah.
Pihak polis percaya kes  ini tidak ada kena mengena dengan samun atau perompak,kes murni ditulis sebagai pembunuhan dan suspek utama adalah cucu atan daud iaitu Rasidi Ismail 34 yang didakwa melarikan diri menggunakan motorsikal selepas melakukan pembunuhan kejam itu.
Dan kunci kepada kes ini ialah apabila polis dapat menjumpai kepala ismail awang yang hilang di bawa oleh suspek dari tampin ke kuala lumpur dengan menaiki bas sejauh 120km bagi menanam kepala itu di pekuburan islam seksyen 21 shah alam.
Suspek ditahan ketika dia menyerang seorang anggota polis bantuan di jejantas jalan masjid kuala lumpur pada jam 4:05 petang.
Pada awalnya polis bantuan itu memerhati Rasidi kerana gambarnya telah berada dalam list buronan suspek bunuh.
Apabila Rasidi sedar telah diperhatikan dia mengeluarkan pisau dan cuba menyerang polis itu dengan pergelutan selama 20 menit.
Rasidi pun terus dithan dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan lepas soal siasat dia pun setuju untuk membawa anggota polis ke tanah pekuburan dimana Rasidi telah menanam kepala bapanya dalam jam 9:45 malam.
Tak bersalah.
Ekoran dari penemuan kepala itu,suspek terus dipakaikan baju pasung dan dihantar ke IPK negeri sembilan,selesai pembicaraan kes,Mahkamah Seremban mendapati Rasidi tidak bersalah sebab tidak siuman dan mengalami Skozofrenia,Rasidi mengaku dia mendengar bisikan-bisikan kecil dan menyuruhnya untuk membuat benda-benda itu.
“Saya buat kerana ia adalah perintah daripada kuasa angung” itulah antara jawapan rasidi ketika polis menyoal siasatnya.
Rasidi juga mengaku dia kerap mendapat visual tulisan di dinding yang menjadi medium perhubungannya antara alam hidup dan alam mati.visual tulisan tersebut yang mengarahkan melakukan pembunuhan itu.
Diketahui Rasidi adalah seorang Graduan Universiti Teknologi Malaysia dan juga menurut satu forum dia dimaklumkan banyak kecewa sebab putus tunang beberapa kali.
Akibat dari hal itu Rasidi dikatakan menuntut beberapa ilmu konon untuk membuang sial.
Kejadian yang menimpa keluarga ini memang sangat sukar diterima oleh siti mariam dan ibunya Zahara atan 59,bagi siti mariam perkara ini bukan perkara mudah untuk dilupakan sebab dia orang pertama yang menjumpai mayat orang yang dia sayangi.
Bagi Zahara pula,beliau macam tidak percaya bila dapat tahu anaknya Rasidi yang baik dan bijak tak pernah tinggikan suara,membentak atau bertepik dengan orang tua buat semua perkara itu.
Bahkan sebelumnya Rasidi pernah bekerja sebagai pegawai Bank,cerita Zahara.
Sebagai seorang ibu, bagaimanapun rasa sayang masih lebih besar kepada Rasidi dan dia tetap memaafkan anaknya itu.
Walaupun dia dikatakan mengalami sakit jiwa,saya masih terima dia sebagai anak,saya memang marah dan terkilan,tapi itu tidak buang perasaan sayang saya pada dia,luahnya sayu.
Bagaimanapun pada 21 januari 2010 , Laporan perubatan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi  seremban mendapati Rasidi Ismail layak dibicarakan atas tuduhan membunuh empat ahli keluarganya.
Rasidi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati .

eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post