"Apa Motif Jemput Intan? Relevant ke?" - Dikritik Hadir Rancangan MeleTOP, Intan Liana Tampil Beri Penjelasan

"Apa Motif Jemput Intan? Relevant ke?" - Dikritik Hadir Rancangan MeleTOP, Intan Liana Tampil Beri Penjelasan

Baru-baru ini bekas isteri kepada pemuzik bebas Ude Wahid, Intan Liana telah dijemput untuk hadir sebagai tetamu jemputan dalam rancangan hiburan MeleTOP.

"Apa Motif Jemput Intan? Relevant ke?" - Dikritik Hadir Rancangan MeleTOP, Intan Liana Tampil Beri Penjelasan
"Apa Motif Jemput Intan? Relevant ke?" - Dikritik Hadir Rancangan MeleTOP, Intan Liana Tampil Beri Penjelasan
Intan dalam rancangan berkenaan telah berkongsi perasaannya menghadapi kontroversi panas, selain meminta orang ramai untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian yang berlaku.

Malah Intan turut memberikan pesanan kepada wanita di luar sana yang menghadapi nasib yang sama dengannya.

“Yang mengalami nasib yang sama, macam Intan anggap tiada jodoh. Ni qada dan qadha Allah, Intan terima. Intan kena terima tiada jodoh.

ARTIKEL MENARIK: Misteri Filem Dukun Selama 12 Tahun Akhirnya Terbongkar

loading...

Intan cuma nak cakap jangan salahkan dua-dua pihak, kita tak nak perbesarkan hal ni. Tak payahlah salahkan sesiapa,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang sering memberikan sokongan kepadanya.


Walau bagaimanapun beberapa individu mendakwa bahawa tindakan pihak MeleTOP mengundang Intan ke rancangan berkenaan sebagai sesuatu yang tidak relevan.





Tidak hanya itu, ada juga individu yang berpendapat bahawa Intan lebih sesuai ke rancangan Wanita Hari Ini (WHI) atau Motif Viral.


Tampil memberi penjelasan, Intan dalam laman Instagramnya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengapa pihak MeleTOP mengundangnya ke rancangan berkenaan.


Bahkan wanita berusia 31 tahun itu turut memaklumkan bahawa dia sudah beberapa kali menolak pelawaan untuk ke rancangan berkenaan.


Selepas kontroversi rumah tangganya yang berantakan selepas Ude mengahwini pelakon Izreen Azminda, nama Intan terus melonjak naik.

Beberapa syarikat mula menawarkan pekerjaan kepada ibu tunggal itu, termasuklah usahawan Datuk Aliff Syukri.

Selain menjadi model tudung, Intan turut melakukan paid review melalui laman Instagramnya.

Sumber Instagram MeleTOP via Kisahdunia.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post