Sangat menyedihkan apabila ada dalam kalangan kita yang bertindak tidak berperikemanusiaan apabila tegar membenci kucing dengan meracun haiwan kesayangan Nabi ini.
Angkara Khianat Manusia, 17 Ekor Kucing Saya 'Dibunuh' Dengan Kejam, Dijamu Kepala Ayam Yang Dilumur Racun |
Kucing merupakan salah satu haiwan yang mudah terdedah dengan keracunan kerana sifat ingin tahunya yang sering menghidu membuatkan ia berisiko menyerap bahan yang tidak sepatutnya sehingga ke kulit.
ARTIKEL MENARIK: SEDIH!! Ayahnya Meraung Di Saat Melihat Mayat Anak Kecilnya Berusia 10 Tahun Yang Diculik Syaitan Yang Bertopengkan Manusia
loading...
Perkongsian yang kami dapat daripada Persatuan Haiwan Malaysia berkongsi kisah seorang pemuda pencinta kucing berasa kesal kerana telah kehilangan lebih 17 ekor kucing miliknya akibat diracun. Dikatakan racun tersebut datang daripada kepala ayam yang dicampak dilaman rumahnya.
17 ekor kucing mati bergelimpangan diracun secara kejam!
Itulah nasib kucing-kucing gelandangan peliharaan Muhammad Nur Fiqry Zahari yang mati dalam kawasan rumah sendiri di Lorong Seri Kuantan, Kuantan Pahang, Malaysia akibat perbuatan khianat manusia yang tidak menyukai kucing.
Apalah sangat dosa kucing-kucing tersebut pada orang yang meracun mereka sampai mati. Ketika kejadian Nur Fiqry tiada di rumah. Pembunuh kejam mencampakkan kepala ayam mentah yang telah dilumur racununtuk membunuh 60 ekor kucing peliharaan Nur Fiqry. Bagaimana pun hanya 17 ekor kucing yang malang terkena kesan racun sehingga menyebabkan kematian.
Tragedy sadis dan tragis ini tidak boleh didiamkan dan diharapkan Nur Fiqry membuat laporan polis serta aduan bertulis kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk siasatan teliti dan menjejak pelaku sampai dihukum. Inilah masanya Akta Kebajikan Haiwan 2015 digunapakai secara menyeluruh untuk membolehkan hukuman untuk pelaku dapat dilaksanakan secara total.
Semoga Nur Fiqry terus tabah dan kuat semangat. Inilah dugaan dan kesusahan menjadi rescuer haiwan gelandangan.
Kepada pelaku yang masih bebas. Tidakkah anda boleh tidor dengan tenang setelah menzalimi dan menganiaya hingga mati makhluk lemah dan memerlukan perlindungan?
Sebarang bukti boleh disalurkan ke Animal Malaysia di malaysiaanimal@gmail.com
Sumber: Siakapkeli.my
Post a Comment