9 Mei Cuti Peristiwa Khas Sekolah Sempena PRU-14

9 Mei Cuti Peristiwa Khas Sekolah Sempena PRU-14

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini mengumumkan cuti peristiwa khas pada 9 Mei bagi semua sekolah seluruh negara sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

9 Mei Cuti Peristiwa Khas Sekolah Sempena PRU-14
9 Mei Cuti Peristiwa Khas Sekolah Sempena PRU-14
Mahdzir Khalid, berkata ini berikutan tarikh pengundian berlangsung pada hari persekolahan, iaitu Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 6,941 daripada 10,180 Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan di seluruh negara menjadi pusat pengundian dalam PRU-14.

"Walaupun hanya 6,941 sekolah menjadi pusat pengundian dalam PRU-14, namun kita berikan cuti peristiwa khas kepada semua sekolah harian di bawah Kementerian Pendidikan," katanya.

ARTIKEL MENARIK: Sempat mendikan dua anak sebelum maut

loading...

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke -57, di sini hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 9 Mei sebagai hari pengundian bagi PRU-14.


SPR turut mengumumkan tarikh penamaan calon pada 28 April ini manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei ini.

sehinggitmedia

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post