Warga Emas Hancur Kena Gilis

Warga Emas Hancur Kena Gilis

TAPAH – Seorang warga emas Orang Asli maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya hampir hancur digilis kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 325 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pagi tadi.

Warga Emas Hancur Kena Gilis
Warga Emas Hancur Kena Gilis

Kejadian kemalangan berlaku pada kira-kira jam 7.45 pagi itu, melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang oleh mangsa seorang diri.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa dikenali sebagai Bah Dadu Bah Poas, 74, beralamat Rancangan Perumahan Awam III, Batu 2, Jalan Pahang, maut di lokasi kejadian.

ARTIKEL MENARIK: Kes kematian 2 beranak: penganjur lepas tuduhan cuai

loading...

Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati, mangsa dalam perjalanan dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal.

“Setiba di lokasi kejadian, mangsa disyaki telah hilang kawalan dan terbabas sebelum dilanggar oleh kenderaan lain.

“Akibat perlanggaran itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian dan badan mangsa hampir hancur digilis,” katanya.


Som Sak berkata, kejadian itu juga menyebabkan pegawai penyiasat dan anggota trafik terpaksa mengutip cebisan daging mangsa di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengkebumian selepas selesai bedah siasat.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kredit - eberita


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post