“Saya Tertekan!” – Asyraff Masuk Hospital 3 Hari Gara-Gara Isu Elfira, Sufian! Kami Pun Tertekan Bro, Inikan Awak!

“Saya Tertekan!” – Asyraff Masuk Hospital 3 Hari Gara-Gara Isu Elfira, Sufian! Kami Pun Tertekan Bro, Inikan Awak!

Usahawan muda, Asyraff Mazlan, 30, dimasukkan ke hospital selama tiga hari kerana mengalami tekanan ekoran tular gambarnya bersama Elfira Loy di Mekah.

“Saya Tertekan!” – Asyraff Masuk Hospital 3 Hari Gara-Gara Isu Elfira, Sufian! Kami Pun Tertekan Bro, Inikan Awak!
“Saya Tertekan!” – Asyraff Masuk Hospital 3 Hari Gara-Gara Isu Elfira, Sufian! Kami Pun Tertekan Bro, Inikan Awak!
Kebetulan selepas tersebar foto tersebut, pasangan Elfira dan Sufian Suhaimi pula dilaporkan putus tunang.

“Selepas tersebar gambar saya dan Elfira ketika di Mekah, pelbagai komen dan mesej diterima di laman sosial saya.

“Ada yang kata saya punca Elfira dan Sufian putus tunang dan pelbagai lagi berbaur negatif.

ARTIKEL MENARIK: “Saya Pernah Ditegur Masa Solat Kerana Ada Tatu..Tapi Saya Senyum Saja Apabila Mereka Kata Solat Saya Tak Sah...", Ini Respon Adam Corrie

loading...

“Memang saya tertekan sampaikan saya terpaksa memilih untuk berehat di hospital selama tiga hari dan enggan mengambil pusing perkara yang berlaku.

“Syukur sekarang kesihatan saya bertambah baik,” katanya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Leeyanaraya 2018 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur semalam.
Mengulas mengenai perkara sebenar yang berlaku antara dia dan Elfira, ujar Asyraff dia bukanlah punca perpisahan pasangan selebriti itu.


“Saya dan Elfira sudah mengenali satu sama lain sejak kecil lagi dan gambar saya dan Elfira yang tersebar itu diambil secara kebetulan.

“Saya bersama rombongan jemaah lain sementara Elfira menunaikan umrah bersama keluarganya.

“Kapsyen di Instagram saya tentang ‘jodoh’ itu hanyalah gurauan sesama kawan baik.

“Sama juga makan malam bersama sempena hari jadi saya baru-baru ini. Semuanya atas dasar kawan,” tambahnya.
Elfira dan Sufian yang sepatutnya mendirikan rumah tangga pada Jumaat lalu telah memutuskan ikatan pertunangan pada 18 Februari lalu.
Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017.
A post shared by Asyraf Mazlan ™️ (@asyraffmazlan) on Feb 23, 2018 at 4:24am PST
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @asyraffmazlan
Sumber Gempak

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post