Tragedi DUKE: Pemandu Ragut Nyawa Tiga Beranak Dihukum Penjara 3 Tahun

Tragedi DUKE: Pemandu Ragut Nyawa Tiga Beranak Dihukum Penjara 3 Tahun

KUALA LUMPUR: Dua pemandu Perodua Myvi dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa tiga beranak, termasuk bayi berusia enam bulan, dalam kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), tiga tahun lalu.

Tragedi DUKE: Pemandu Ragut Nyawa Tiga Beranak Dihukum Penjara 3 Tahun
Tragedi DUKE: Pemandu Ragut Nyawa Tiga Beranak Dihukum Penjara 3 Tahun

Majistret Zilfinaz Abbas menjatuhkan hukuman itu ke atas Siti Noor Aini Mohd Said, 39, penyelia restoran dan kenalannya yang merupakan tertuduh kedua, Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 34, bekerja sendiri, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Dalam keputusannya Zilfinaz berkata mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh selepas mendapati keterangan mereka ketika membela diri tidak konsisten dan bersifat penafian semata-mata.

ARTIKEL MENARIK: Semakan Keputusan BR1M 2018 Status Kelulusan Permohonan Atau Status Kemaskini

loading...

Kedua-dua tertuduh turut diperintahkan dipenjara dua tahun jika gagal membayar denda selain hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh lima tahun.

1.JPG

Kemalangan maut di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada Mei 2015.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan terhadap keputusan pada Rabu didengar di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan daripada RM9,000 kepada RM14,000 bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.


Pada 8 Mei 2015, Mohammad Fizal Reza dan Siti Noor Aini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka yang berusia enam bulan, Nur Firuza Annisa.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Km6, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta antara 12.31 tengah malam dan 12.35 tengah malam pada 2 Mei 2015 mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000. - Bernama

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post