Tergamak Bunuh Anak Sendiri Kerana Ingin Bersama Lelaki Lain

Tergamak Bunuh Anak Sendiri Kerana Ingin Bersama Lelaki Lain

AKIBAT mahu bersama dengan lelaki lain dan kemurungan akibat kegagalan rumah tangganya, seorang ibu muda dikenali sebagai Nur Saskia Wati, 17, tergamak membunuh anaknya sendiri, Ahmad Adiya Surya, 2.

ergamak Bunuh Anak Sendiri Kerana Ingin Bersama Lelaki Lain
ergamak Bunuh Anak Sendiri Kerana Ingin Bersama Lelaki Lain

Dikatakan kejadian itu berlaku dekat Subah, Kabupaten Batang, Jawa Tengah,Indonesia pada Ahad yang lalu.

Menurut Ketua Polis Resor Batang, AKBP Edi Suranta Sinulingga memberitahu bahawa pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan keterangan suspek.

“Saat ini, kami masih menunggu lagi team Disaster and Victim Investigation(DVI) Polda Jateng, untuk menyiasat dan memastikan punca utama kematian kanak-kanak berkenaan,” katanya dipetik daripada portal Kliksatu.com.

Sebelum kejadian, ibu mertua suspek berasa agak curiga apabila mendapati cucunya tidak berada di rumah sehingga memaksa dia mencari sehingga ke rumah saudaraa-mara yang terdekat.

ARTIKEL MENARIK: Masa Susah Kawan Semua Lari Tak Nak Tolong, Dah Jadi Jutawan Semua Kawan Datang, Dulu Diejek, Diperlekeh, Kini Jutawan.

loading...

Namun apa yang lebih mencurigakan ialah apabila kelibat Saskia juga tidak kelihatan di rumah tersebut kerana pintu biliknya telah berkunci dari luar.

“Saya melihat cucu saya baring dalam bilik, terbungkus kain selimut dan ditutup bantal di bagian wajah, kerana tidak sedap hati saya memeriksa dan mendapati cucu saya sudah meninggal, “ kata wanita itu.

Disebabkan terkejut dengan kejadian itu, wanita tersebut bersama dengan jiran tetangga telah melaporkan kepada pihak polis dan hasil siasatan menemui bahawa terdapat kesan penganiayaan terhadap mangsa.

Dalam masa yang sama, ibu mertua suspek turut menjumpai lubang di belakang rumah mereka yang telah dgali oleh ibu muda itu dipercayai bertujuan untuk menanam anaknya sendiri.

Malah, ketika ditemui, mangsa turut telah ditekup dengan bantal.


Suspek turut mengakui bahawa sekitar pukul 7:30 malam, dia telah mencekik dan menggigit kepada anaknya sebelum kepala si kecil itu diputar sehingga menyebabkan tulang leher bayi itu patah lalu meninggal dunia.

Selain itu, punca ibu muda itu berkelakuan sedemikian ialah kerana katanya dia telah mendengar satu suara yang telah berbisik supaya dia berbuat demikian.

Malah, dia juga berasa tertekan kerana suaminya telah merantau ke Malaysia serta dia juga telah menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Sumber: MYNEWSHUB.CC/ AH

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post